Home Petua Tips Tinggalkan Lima Anak Dan Suami, Selepas 18 Hari Bertugas Positif Covid-19

Tinggalkan Lima Anak Dan Suami, Selepas 18 Hari Bertugas Positif Covid-19

225
0

Allahu, sebaknya kisah ibu anak lima ini yang juga seorang frontliner. Ketika rindu makin menebal, terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan suami, tanpa diduga dirinya pula disahkan positif Covid-19.

Kini, dia berada jauh dari mereka. Bertugas di negeri di bawah bayu, Sabah yang juga kawasan zon merah Covid-19.

Diuji positif Covid-19 pada hari ke-18 bertugas sebagai frontliner, ibu ini masih boleh kuat, cekalkan hati. Namun, ujian paling sukar untuknya adalah RINDU mahu mendakap kembali anak-anak dan suami seperti sebelum-sebelumnya.

Sungguh Covid-19 ini, bukan ujian yang biasa-biasa.

Sebak catatan frontliner,

Meninggalkan anak 5 dan suami untuk berbakti pada negara sebenarnya bukan keputusan yang mudah… mana mungkin seorang isteri dan seorang ibu sanggup meninggalkan keluarga jika untu berseronok.

Ya, memang ada mulut-mulut mengatakan aku BD0H sebab serah diri ke tempat yang sememangnya diketahui sebagai RED ZONE, ada juga mengatakan seronok sebab akan dapat elaun yang banyak yang aku sendiri tak faham maksudnya.

Tapi aku tak kisah.. bagi aku, tujuan aku pergi semata-mata kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan-rakan seperjuanganku yang lain.. selain aku dapat menimba pengalaman di tempat orang.. ye la nak jadi askar, pegang senapang aku tak layak.. jadi ini saja la bakti aku pada negara.. melawan musuh yang tak nampak di mata.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku Disahkan Positif Covid-19..

Membaca mesej yang diberikan oleh cikgu pra pada aku, membuatkan aku menangis.. sungguh hati seorang ibu sangat mudah tersentuh bila berkaitan anak 5.Dan hari ini, setelah 18 hari aku di bumi Sabah.. aku disahkan positif Covid-19. Benda yang aku paling tak jangka, yang aku tak pernah mimpi, yang aku takuti, terjadi jua.Rasa down?

Speechless? Menangis la aku sepuas hati tadi selepas dapat keputusan yang paling aku tak jangka.. namun menyesal tidak sekali. Aku tau perancangan Allah lebih baik.. Allah sayang aku dan keluarga aku sebab tu macam-macam Allah uji aku.

Aku berdoa agar aku cepat sembuh dan dapat jumpa semula keluarga aku. Terima kasih pada keluarga, rakan, orang-orang atasan yang call dan wassup kata-kata semangat pada aku.. sungguh sangat bererti doa kalian pada aku.

Dan sesungguhnya ujian yang paling tidak tertanggung adalah RINDUAKU SEORANG FRONTLINER

Doakan aku bebas dari Covid.

Sumber : mingguanwanita

 

Previous articlePilihan di tangan PM – Khaled Nordin
Next article“Berebut Pulak Nak Tiup Lilin,” Alyah Sambut Hari Jadi Suami Secara Sederhana, Tok Ram Kongsi Momen Di Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here