Home Petua Tips Harris Alif Buat Sop Raya, Tak Bagi Orang Civm Anak ‘Ibu Bapa...

Harris Alif Buat Sop Raya, Tak Bagi Orang Civm Anak ‘Ibu Bapa Yang Kena Hadap Kalau Jadi’

118
0

Meraikan Hari Raya Aidilfitri di kala pandemik Cov1d-19 masih belum berakhir sangat membimbangkan golongan ibu bapa terutama yang mempunyai anak kecil.

Menurut penyanyi dan pengacara Harris Alif, 23, dia menyedari anak tercinta, Eviee Khadeeja, akan menjadi tumpuan ramai ketika mereka pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Bagi melindungi keselamatan bayi yang baru berusia empat bulan, Harris akui terpaksa membuat ‘larangan’ sendiri dengan menghalang orang luar dari mencivm.

Budak-budak ini sangat sensitif dengan orang nak cium, nak pegang. Untuk perkara itu, saya kena buat SOP sendiri.

Bukan tak bagi orang lain nak pegang atau civm anak tetapi bayi ini masih fragile.

Bagaimanapun kata pemilik nama Nor Harris Alif Nor Rashidi, dia tidak kisah sekiranya individu terbabit hanya ingin memegang anak perempuannya itu tetapi harus berpada.

Setakat nak pegang sahaja tak ada masalah. Dengan situasi sekarang ini agak rumit, terpaksalah kami berjaga-jaga untuk keselamatan anak kecil.

Dalam pada itu, pelakon drama Bila Chacha Masuk Asrama menekankan sekiranya terjadi perkara tidak diingini terhadap Eviee, dia dan isteri, Intan Ladyana yang terpaksa menanggung.

Saya takut juga kalau jadi apa-apa yang tidak diingini, ibu bapa yang kena hadap semua itu. Jadi, berkemungkinan besar saya dan Intan akan pesan untuk tidak civm anak kami. Siapa tak sayang anak kan?

Sekadar info, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan perkahwinan itu menjadi perbualan netizen disebabkan jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan anak penghujung Januari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous article‘Raya Terkejut’ Tetap Meriah, Ini 10 Selebriti OOTD Dengan Yang Tersayang Di 1 Syawal!
Next article“Teringat Zaman Rancak Bercinta 2013, Sam Buat Suprise Muncul Sorang-Sorang Depan Rumah Raya Kedua,” – Syatilla Melvin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here