Home Petua Tips ‘Melilau Ke Katil Pesakit.Semuanya Ada Al Qur4n Di Sisi.Allahu,Terjentik Hati Ini.Perkongsian Petugas...

‘Melilau Ke Katil Pesakit.Semuanya Ada Al Qur4n Di Sisi.Allahu,Terjentik Hati Ini.Perkongsian Petugas Kesihatan Wad C0v 19

8085
0

Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sehingga kini kes yang dilaporkan positif C0v-19 sudah lebih 2000.
Rata-rata yang ditahan di wad akibat p0stif tidak dapat berhubung dengan dunia luar, apa lagi keluarga dan saudara.

Pun begitu, satu perkongsian dari seorang petugas kesihatan ini cukup menyentuh hati.

Menurut Sukma Haidar  suasana di wad cukup tenang dan mendamaikan dengan alunan azan dan tazkirah dari pesakit dari golongan tabligh.

Walaupun diduga dengan w4bak yang cukup menggerunkan, namun mereka tetap tenang dan meneruskan usaha dakwah seperti tiada apa yang berlaku. Semoga diberi kesembuhan kepada semua pesakit C0v-19.

 

WAD C0VD-19 YANG TENANG LAGI DAMAI

Hari ini kena ambil sample pesakit lagi. Kerja biasa bila ditempatkan di Hospital Tumpat yang berstatus hospital untuk pesakit C0v 19 di Kelantan.Aku melilau ke katil pesakit.

Kesemuanya ad Al Quran di sisi. Allahu..terjentik hati ini.Tengah ambil sample, azan zuhur berkumandang melalui corong ‘speaker’.

Selesai azan, seorang pesakit (lewat 50an) menghampar kain putih di satu sudut di dalam wad. Lalu dia iqamat. Kesemua pesakit di dalam wad, kecuali seorang OKU terus menuju ke tempat itu.

Sama-sama menunaikan solat jemaah. Semua. Dari pelbagai peringkat umur.

Kosong katil mereka. Allahuu..

Usai solat, sesi tazkirah ringkas oleh imam. Sayup-sayup aku mencvri dengar, sambil menyiapkan step terakhir penyimpanan sample.

Sayu. Dan tenang sekali jiwa. Pertama kali dalam hidup, aku berasa tenang sekali masuk ke dalam wad. Setiap wad kini menjadi taman-taman syurga untuk setiap waktu solat.

Aku yakin di wad lain juga perkara ini terjadi. Sungguh tenang masuk ke dalamnya.

Ya Allah. Ada hikmahnya Engkau menurunkan v1rus ini kepada golongan tabligh yang jelas fokus mereka adalah dakwah.

Lihat sahaja sikap mereka ini, mampu membuka hati sesiapa yang melihatnya, dengan izinMu.

Sedang pada kebiasaan hari-hari lain dahulunya, aku amat jarang sekali bertanya berkenaan solat pada pesakit. Sekarang, mereka yang dahulu menunaikan sebelum aku bertanya.

Wahai Tuhan yang menghantarkan v1rus ini. Engkau hantarkanlah juga ubat yang mampu menyembuhkan.

Di dalam badan2 manusia soleh ini ada virus yang sedang mengncam diri mereka. Lindungi mereka, dan sembuhkan mereka. Hanya kepadaMu kami memohon Perlindungan.

Catatan 25/3/2020  2035H

Coretan dari Petugas Kesihatan Wad Cov-19

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : keluarga

Previous articleHil4ng di KL, jumpa di Kemaman
Next article“Kita kini sedang melalui suatu tempoh yang sangat get1r” -KP Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdull4h

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here