“Kalau dah taknak jadi artis sila buat pengumuman. Jangan susahkan kami.
“Macam tulah kalau dah dikngkong betina. Telefon tak angkat, wartawan dan stesen TV cari. Harap maklum pada yang berkenaan ” tulis ibu Aiman Tino di laman IG.
Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi Aiman Tino, 22 seakan sepi daripada media. Dia juga kurang berada di kaca televisyen seperti teman seangkatan dengannya yang kerap mengeluarkan produk baru untuk para peminat.
Tiba-tiba sahaja nama Aiman Tino kembali menjadi sebutan selepas ibunya, Hazelina Mat Jalil memaklumkan anaknya menghilangkan diri daripada keluarga.
Abaikan keluarga
Menerusi Mstar, Hazelina telah memuat naik beberapa posting di Instagram dengan meminta agar anaknya kembali pulang ke pangkuan keluarga walaupun tidak menyebut secara terus merujuk kepada Aiman.
Menerusi satu perkongsian di IG yang sudahpun dipadamkan, Hazelina turut mengingatkan Aiman untuk tampil membuat pengumuman sekiranya dia tidak lagi mahu berkecimpung dalam dunia hiburan agar tidak menyusahkan penjaganya.
Kena kongkong dengan betina?
Dalam status di Instagram juga, Hazelina telah meminta Aiman tampil dan membuat pengumuman andai sudah tidak mahu menjadi artis lagi agar tidak menyusahkan orang lain.
Selain itu, ibunya turut mendakwa bahawa penyanyi lagu Ku Rela D Benci itu telah dikongokong oleh seorang wanita dipercayai teman wanitanya.
Ada yang handle IG Aiman?
Walau bagaimanpun, posting yang sempat di likes oleh Aiman Tino itu sudah dipadam dan tiada di Instagram ibu kepada penyanyi itu.
Hazelina juga seakan memberi amaran kepada teman wanita anaknya dengan mendakwa rahsianya sudah pecah.
Walau bagaimanapun, hingga ke saat ini belum ada sebarang penjelasan daripada kedua-dua pihak dan dilihat kemelut ini akan berpanjangan berikutan pendedahan tersebut belum dijawab oleh Aiman.
Sumber : mstar