Home Petua Tips ‘Anak saya balik untuk bersalin, bukan sambut Aidilfitri’ Kena Kec4m Bawa Balik...

‘Anak saya balik untuk bersalin, bukan sambut Aidilfitri’ Kena Kec4m Bawa Balik Covid Akhirnya Ibunya Bersuara

2104
0

Ibu kepada wanita hamil yang positif Covid-19 dari Kuala Krai, Kelantan, mempertahan kepulangan anaknya dan merayu supaya orang ramai tidak terus mengec4m tindakan anaknya yang pulang ke kampung.

Norazlina Abdul Rahim, 50, berkata anak perempuannya itu pulang ke kampung bukan untuk sambut Aidilfitri sebaliknya untuk bersalin susulan sedang hamil 35 minggu.

“Tolonglah jangan kec4m anak saya tanpa usul periksa, anak saya pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata menyambut Aidilfitri.

“Menjadi kesukaran untuknya bersalin di Ampang, Kuala Lumpur kerana suaminya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil yang berusia tiga tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan seorang wanita disahkan positif Covid-19 selepas melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita itu hanya disahkan positif Covid-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan.

Sementara itu Norazlina berkata, anaknya yang berusia 32 tahun mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijangka bersalin pada 19 Jun nanti.

Jelasnya sejak isu anaknya tular di media sosial, ramai netizen yang bertindak mengecam tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang mengecam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.

“Pada mulanya anak saya agak tertekan sehingga nyahaktifkan akaun Facebook. Kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan kecaman itu.

“Saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka. Syukur alhamdulillah sehingga kini anak saya dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.

Dalam perkembangan itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata wanita berkenaan berada dalam keadaan stabil.

Foto sekadar hiasan

Sumber :  mkini

Previous article‘Muka Awak Yang Jelas’ Dah Ada Kat Saya, Meh Bincang Elok-Elok, Johan Raja Lawak Seru Pemuda Ini Tampil Berjumpanya
Next articleDah La Ta Bawa Dokumen Tiba2 Bagi Alasan Nak Ziarah Ayah Diabetes Tak Pasal Kena Kompaun RM1000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here