Home Petua Tips Ibu Puteri Balqis Terbaru Telah Menolak Segala Bantuan,Ini Respon Ibunya Sebab Menolak

Ibu Puteri Balqis Terbaru Telah Menolak Segala Bantuan,Ini Respon Ibunya Sebab Menolak

268
0

Sejak tvlarnya isu mengenai pelakon cilik, Puteri Balqis yang ditampilkan menerusi rancangan Bersamamu, ramai selebriti yang tampil memberi kenyataan selain turut mendoakan yang terbaik buatnya.

IBU kepada pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menolak untuk menerima bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ingin diusahakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melalui projek Perumahan Seni Harapan.

Norashikin ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia b3rat hati untuk menerima bantuan itu kerana berasakan ramai lagi yang layak diberikan bantuan.

“Saya berterima kasih atas usaha yang cuba dibuat Seniman. Sebenarnya saya berat hati nak terima. Jadi, saya menolaknya. Bagi saya, ramai lagi lebih layak untuk terima. Sampai bila orang nak bantu kami? Sampai satu tahap nanti orang pun akan b0san nak bantu.

Tak Mahu Hutang Budi

“Dalam masa sama, saya tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa. Bayangkan kalau suatu hari nanti ada pihak pertikai dan ungkit semua yang dibantu. Saya t4kut semua itu berlaku.

Jadi, lebih baik saya berusaha sendiri.

“Insya-Allah, dengan kudrat yang masih ada dengan menjual buku, saya dan Aqish (Balqis) masih boleh hidup bersama dan jalani kehidupan seadanya,” katanya.

Selain itu, Norashikin turut menolak bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mahu membayar sewa bulanan rumah mereka.

“Pihak LZS nak bantu untuk bayar sewa bulanan rumah, tapi saya tolak. Tapi, mereka nak juga beri bantuan RM300 sebulan. Ini pun masih dalam proses. Ia buat saya serba s4lah.

“Saya merasakan ramai lagi orang svsah daripada kami. Saya sudah biasa bekerja, jadi saya tetap akan berusaha. Saya tidak mahu apabila terus dibantu membuatkan saya jadi malas,” katanya.

Terdahulu, Seniman menerusi Presidennya, Zed Zaidi memaklumkan mereka kini dalam perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Nadzri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membantu keluarga Puteri Balqis melalui projek Perumahan Seni Harapan.

Norashikin berkata, dia masih meneruskan aktiviti menjual buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis selain sibuk membuat penghantaran secara kiriman pos dan ‘cash on delivery’ (COD).

Norashikin juga meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon dan mesej yang dihantar.
“Saya buat kerja seorang diri. Setiap hari saya perlu uruskan penghantaran buku. Kalau ada yang nak COD, saya kena pergi hantar pula.

“Memang ada banyak panggilan dan mesej masuk. Saya minta maaf kalau tidak sempat nak balas satu persatu. Saya perlu selesaikan dulu urusan buku ini. Saya takut jika terlepas pandang bagi yang sudah buat pembayaran.

“Saya pernah tidak tidur dua hari sebab nak periksa satu persatu mesej orang yang beli buku. Begitu juga kalau ada yang memberi sumbangan, saya tetap nak kirim buku pada mereka,” katanya.

Mengenai buku yang dijual, Norashikin berkata, dia perlu menghabiskan dulu 1,000 naskhah yang sudah dicetak.

“Sebagai permulaan kami mencetak sebanyak 1,000 naskhah. Nak jual 30 pun susah, inikan pula 100.

Tapi, selepas kisah Aqish keluar di Harian Metro dan program Bersamamu, ramai yang buat pesanan nak beli.

Insya-Allah, kalau sudah habis kami akan keluarkan edisi Bahasa Melayu pula sebab ramai yang tunggu dan bertanya,” katanya.

Nafi Ambil D4dah
Ibu kepada pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menafikan dia dan b3kas suami terbabit dalam penyalahgvnaan d4dah seperti did4kwa segelintir pihak.

Norashikin ketika dihubungi Harian Metro berkata, itu adalah f1itnah yang sengaja dilemp4rkan dalam usaha untuk mengervhkan lagi keadaan dilaluinya sekarang.

“Saya dan Aqish (Balqis) jadi penat dengan fi1tnah ini. Berat sangat dvgaan kami. Janganlah f1itnah saya begini.
“Saya tidak pernah ambil d4dah atau buat perkara itu di lokasi penggambaran.

Jangan disebabkan penampilan saya yang kurvs dan ‘seraba1i’ orang f1itnah saya sedemikian rupa. Saya tidak ada masa nak bersolek dalam keadaan anak saya sebegitu.

Pert4han Suami
“Saya juga nak pert4hankan bekas suami yang ditvduh ambil d4dah. Walaupun kami bukan lagi suami isteri, fakta s4lah mengenainya saya kena betulkan. Sepanjang kami bersama, tidak pernah ambil d4dah.

Kalau tidak ada apa yang baik untuk diperkatakan mengenai kami, janganlah sampai fi1tnah.

Selama 10 tahun saya dan bekas suami terbabit dalam bidang ini, tak pernah pun nak ambil d4dah. Aqish sangat sed1h dengan perkara ini,” katanya.

 

Sebab Tarik Diri Berlakon
Norashikin berkata, itu juga menjadi sebab kenapa anaknya menarik diri pada saat akhir daripada terbabit dalam telefilem Tiada Galang Ganti terbitan A Aida Production semalam.

Norashikin menjelaskan, anaknya memang tidak mahu berlakon buat masa sekarang.

“Dia tidak mahu mendengar perkara negat1if di lokasi. Sebelum ini dia tak pernah buat hal begini. Dulu, apa saja masalah yang berlaku, dia tetap ke lokasi. Tapi kali ini sangat berbeza dan bertalu-talu kami kena.

 

Minta Maaf A. Aida
“Disebabkan itu, dia tidak mahu berlakon. Saya minta maaf sangat dengan A Aida Production.

Tawaran berlakon memang ada, tapi Aqish yang tidak mahu berlakon. Takkan saya nak paksa pula sebab yang mahu bekerja adalah dia.

“Buat masa ini dia memang lebih kepada penulisan dan lebih suka bersendiri. Dia ada kawan tertentu saja. Orang dalam industri hiburan pun dia tidak mahu jumpa sangat,” katanya.

A. Aida sebelum ni meluahkan perasaan terkejut selepas menerima masej dari Ibu Puteri Balqis mereka mahu menarik diri dari terlibat dengan telefilem terbitan produksi beliau

Terdahulu, Puteri Balqis yang juga pelakon drama Akulah Balqis memuat naik luahan hati di Instagram berkenaan tvduhan segelintir pihak mengatakan ibunya mengambil dad4h.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : duniadanakhirat

Previous articleBila Turun Kereta Fazura Mnangis Buat Netizen Pun Sebak,Rupanya Ada Sebab Fazura Mnangis
Next article‘Cantik Berseri Seri’ Majlis Malam Berinai Elly Mazlein,Kacak Jejaka Pilihan Elly

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here