Muar: Polis menahan seorang lelaki yang bertindak memecahhkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian pada 3.25 petang itu berpunca daripada perseliisihan faham antara penunggang motosikal berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun.
“Punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan sus.pek bertindak agr3sif dengan memec4hkan cermin hadapan kereta mang.sa.
“Susp3k juga memec4hkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan mer0sakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Zaharudin, suspek yang dit4han pihak polis kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dipercayai mengalami masalah ment4l dan masih menerima rawatan di hospital.
“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegus4ran dalam kalangan masyarakat.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Kes3ksa4n,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam video berdurasi selama satu minit 38 saat itu menunjukkan seorang lelaki ber4ng dengan memec4hkan cermin dan meros4kkan kereta milik seorang wanita di Pekan Parit Jawa , Muar.
Video:
Sumber : hmetro