Nampaknya minggu seterusnya rancangan nyanyian The Masked Singer Malaysia ini juga tak kurang hebatnya dengan pelbagai tekaan juri dan penonton terhadap beberapa individu disebalik maskod yang bertanding pada musim kedua ini.
Antara maskod yang begitu hangat dibualkan oleh warganet di aplikasi, TikTok juga merupakan maskod Aiskrim Roti yang mana suara dan nyanyiannya juga antara yang memukau ramai.
Walau bagaimanapun, akhirnya telah terjawab semalam apabila individu disebalik Aiskrim Roti didedahkan pada minggu seterusnya ini.
Individu disebalik Aiskrim Roti yang memasuki The Masked Singer Malaysia musim kedua ini merupakan penyanyi muda yang turut terkenal dengan lagu Teman iaitu Iman Troye dimana suara uniknya itu sudah dibualkan oleh ramai sejak awal lagi.
Tidak disangka-sangka Iman Troye di The Masked Singer 2 yang menyampaikan lagu berjudul Assalammualaikum nyanyian asal oleh Faizal Tahir tersingkir pada minggu kelima.
Meskipun ramai yang seronok berjaya meneka individu disebalik maskod Aiskrim Roti itu dengan betul, rata-rata daripada penonton juga merasa sedih kerana dirinya itu tersingkir apabila suara dan nyanyian Iman Troye di pentas berkenaan di sukai ramai.
“Suara dia sedap lah. Tadi dengar dia nyanyi…”
“Suara dia one and only kat Malaysia ni. Sedap…”
“Kenapa dia tersingkir…”
“Suara dia sedap…”
Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Sumberadybudika
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/