Umum mengetahui negara paling teruk terjejas akibat wabak Covid-19 di dunia adalah Amerika Syarikat (AS).
Bukan sahaja mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan lebih 2 juta kes ( 2,779,953) malah angka korban di negara mereka juga sudah mencecah 130,000 orang
Namun itu belum cukup menggerunkan sesetengah rakyat mereka yang masih memandang ringan virus maut tersebut sehingga sanggup melanggar peraturan keselamatan untuk hidup dengan norma biasa.
3 rakan sebilik dijangkiti virus
Terbaru 3 graduan dari Universiti Florida disahkan positif Covid-19 selepas mengabaikan arahan keselamatan dengan mengunjungi dan duduk melepak santai di sebuah bar di Bandar Gainesville, Florida tanpa pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial demi menghasilkan video TikTok.
Kami baik-baik sahaja. Hampir tiada kes disini
Lauren Boskila, dan dua lagi rakan sebiliknya difahamkan turut berkata “Gainesville hampir tidak mempunyai kes.
Kami baik-baik saja. Bar turut melaksanakan peraturan keselamatan,” menerusi satu video tiktok yang sudah meraih 1 juta sebelum dibuangnya
Masih dengan video tiktok
Yakin mereka berada di tempat yang selamat dan kawasan yang selamat, mereka kemudiannya pulang dan mula mengadu tidak sedap selepas beberapa harinya sebelum membuat saringan dan akhirnya disahkan positif Covid-19.
Meskipun berdepan situasi demikian mereka masih lagi berkongsi aktiviti harian mereka dan keadaan semasa mereka di aplikasi TikTok antaranya aktiviti melakukan swab test, dan keputusan ujian mereka kepada orang ramai.
Sebagai rekod, kes di Florida semakin meningat dengan jumlah kes yang sudah melebihi 130,000 dengan angka korban mencecah 3500 orang.
Malah Gabenor Florida, Ron DeSantis dilihat menuding jari kepada anda muda di atas peningkatan mendadak kes tersebut disebabkan keingkaran mereka mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.
Sumber : buzzkini