Baru-baru ini negara dikejutkan dengan musibah banjir yang melanda beberapa negeri sehingga ramai mangsa yang hilang tempat tinggal dan lebih meruntun hati menyebabkan kemal4ngan jiwa.
Semalam tular video di aplikasi TikTok dikongsikan oleh seorang netizen yang menyelamatkan seorang warga emas yang sendirian mahu meredah banjir deras. Difahamkan, kejadian berlaku di Kampung Tanjung Belengu, Temerloh, Pahang yang turut dinaiki air.
Mereka yang berada disitu cuba untuk menyelamatkan pakcik berkenaan namun dimarah oleh warga emas berkenaan. Malah, individu tersebut turut dilibat dengan tali oleh pakcik berkenaan.
Bagaimanapun, orang awam yang berada disitu tidak berputus asa dan terus memujuk untuk dibawa ke pusat pemindahan banjir.
Individu diknelai sebagai Halim itu memaklumkan akhirnya berjaya memujuk pakcik berkenaan. Katanya lagi, sebelum bergerak ke pusat pemindahan, dia sempat meberikan makanan kepada warga emas itu yang sudah satu hari tidak makan.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan yang tidak putus asa memujuk warga emas berkenaan.
Ramai yang meluahkan rasa syukur warga emas itu akhirnya dibawa ke tempat selamat. Tidak kurang juga, ada tertanya-tanya di mana keluarga warga emas itu.
Video tular tersebut mendapat maklum balas daripada ahli keluarga pakcik berkenaan yang memaklumkan warga emas itu ada masalah penyakit lupa dan nyanyuk.
Mngsa banjir di Pahang kembali meningkat
ERANTUT: Mangsa banjir di Pahang kembali meningkat kepada 37,420 orang pagi ini, berbanding 36,844 orang jam empat petang semalam.
Antara daerah yang merekodkan peningkatan mangsa banjir adalah Temerloh, Bera, Pekan dan Bentong.Daerah Jerantut, Lipis, Raub, Kuantan dan Maran pula menunjukkan pengurangan jumlah mangsa bencana itu.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Benc4na Pahang, berkata jumlah m4ngsa banjir itu membabitkan 10,937 keluarga yang ditempatkan di 264 pusat pemindahan sementara (PPS).
“Seramai 11,703 mangsa daripada 3,315 keluarga dilaporkan di daerah Temerloh membabitkan 79 PPS, berbanding petang semalam seramai 10,806 mangsa daripada 3,034 keluarga di 78 PPS.
“Daerah Bera turut menunjukkan peningkatan 2,184 mangsa membabitkan 623 keluarga di 20 PPS, berbanding semalam 557 keluarga dipindahkan membabitkan 2,017 mangsa di 19 PPS.
“Di Pekan dan Bentong turut menunjukkan peningkatan iaitu 1,571 mangsa daripada 461 keluarga di 21 PPS dan 4,695 mangsa daripada 1,590 keluarga di 17 PPS,” katanya.
Sementara itu, beberapa laluan di Pahang masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir yang masih belum surut.
Bagi Jerantut, jalan yang masih ditutup adalah Jalan Jerantut ke FELDA Kota Gelanggi, Jalan Jerantut-Lipis, Jalan Bukit Puas ke Gintong, Jalan Pulau Tawar ke Durian Hijau, Jalan Sungai Lekok ke Jeransong, Jalan Ulu Retang ke Merting dan Jalan Sungai Yap ke Pasir Tambang.
“Di Raub pula, Jalan Sengkela ke Chenua, Jalan Bentong ke Gua Musang dan Jalan Ulu Renggol, manakala di Bentong membabitkan Jalan Karak ke Simpang Pelangai dan jalan utama Mempaga.
“Di Maran, laluan yang ditutup Jalan Maran ke Jerantut, Jalan Serengkam dan Jalan utama Jengka Utara, manakala
di Kuantan, Jalan yang ditutup Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan ke Endau, Jalan Air Hitam ke Teluk Mahang, Jalan Panching Utara dan Jalan Kuala Lumpur ke Kuantan.
“Beberapa laluan di Lipis juga masih ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan iaitu Jalan Bukit Kota ke Aur Gading dan Jalan Lipis ke Jerantut,” katanya.
Beliau berkata, di Temerloh laluan yang ditutup Temerloh ke Kuala Lumpur, Temerloh ke Gemas, Temerloh ke Mentakab dan Jalan Loji Air Batu Sawar.
“Di Bera, laluan yang ditutup Jalan Bera ke Temerloh, Jalan Utama Gugusan Bera dan Jalan Bohor Baharu, manakala di Bentong Jalan Karak ke Simpang Pelanggai serta di Pekan, Jalan Mentega ke Terapai,” katanya.
SUMBER: TikTok Halim TcG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.mediamalaysia.cc/