Home Petua Tips Isu Borang Rentas Negeri ‘kosong’ lengkap ditandatangani, Sekali Wanita Ini tampil beri...

Isu Borang Rentas Negeri ‘kosong’ lengkap ditandatangani, Sekali Wanita Ini tampil beri keterangan

620
0

Tvlar tika ini isu borang rentas negeri kosong yang sudah lengkap ditandatangani, seorang wanita akhirnya tampil di Ibu Pejabat P0.lis Daerah (IPD) Kemaman, Terengganu untuk memberi keterangan.

Menurut Ketua P0.lis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, wanita berusia 28 tahun itu tiba di IPD Kemaman pada pukul 11.30 pagi, Khamis.

“Wanita berkenaan disiasat berhubung salinan borang rentas negeri kosong dikeluarkan Balai Polis Chukai dengan tandatangan Ketua Polis Balai Chukai berserta tulisan ‘Dapat info terbaru ialah ‘approve’ dulu baru isi ‘form’ yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Hanyan, polis membuka kertas siasatan berhubung isu borang rentas negeri kosong berserta cop dan tandatangan yang ditularkan di media sosial.

Ujarnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati terdapat pemalsv.an tandatangan milik Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang tersebut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksa.an kerana pemalsv.an bagi maksud men1pu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian), katanya.

“Bagi kesalahan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseks.an, orang yang dituduh (OKT) boleh dihukum pnjara maksimum tujuh tahun dan dnda, jika sabit kesa.lahan.

“Bagi kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) OKT boleh dihvkum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,”

katanya.

 

Wanita berkenaan (kiri) hadir memberi keterangan susulan isu borang rentas negeri yang tular, pada Khamis. Foto: Sinar Harian

 

Hanyan sebelum ini berkata, borang rentas negeri itu diberikan kepada seorang wanita untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri temuduga yang dijadualkan pada Khamis.

Pada Rabu, tular kemas kini di media sosial berhubung borang rentas negeri kosong bertandatangan dan cop dari Balai P0.lis Chukai dengan ayat ‘Dapat info berbaru ialah ‘approve’ dulu baru isi ‘form’.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB JAWAB PERSOALAN RENTAS NEGERI MENJELANG AIDILFITRI

Dalam perkembangan lain, KEMENTERIAN Kesihatan akan memutuskan sama ada membenarkan atau tidak bagi perjalanan rentas negeri semasa musim Hari Raya Aidilfitri akan datang, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Semua keputusan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan. Sekiranya mereka menganggapnya tidak sesuai kerana berisiko tinggi, kita tidak akan membenarkannya,” katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu selesa dengan keadaan semasa berikutan jumlah kes Covid-19 masih tinggi.

“Kita sekarang mencatatkan lebih 1,000 kes setiap hari. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama sebelum ini, jumlahnya adalah kira-kira 300 kes setiap hari.

“Kita memberikan sedikit kelonggaran bagi membantu memulihkan semula ekonomi. Apapun, kita perlu tunggu keputusan Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya, Jumaat.

Beliau turut menambah bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang cuba untuk merentas negeri dengan ‘permit rentas negeri yang palsu’ menjelang musim perayaan itu.

“Jika anda beli (permit) di luar dengan kelulusan polis, ia adalah salah. Polis tidak pernah mengeluarkannya seperti itu,” katanya.Ismail Sabri berkata, mereka yang mahu merentas negeri perlu memohon kebenaran di balai polis berdekatan, sambil memberi amaran bahawa tindakan juga akan diambil kepada sesiapa yang didapati menjual dokumen perjalanan palsu.

“Bagaimana mereka dapat memberikan persetujuan kosong tanpa melalui proses saringan yang sebenarnya?

“Pihak berkuasa perlu mengetahui sebab mengapa seseorang individu itu mahu melakukan perjalanan rentas negeri,” katanya.

Sumber : sinarharian,trendingsangat

Previous articleDkwaan Adik Achik Spin S4kit Sbb Ambiil Dad4h, Isteri Tampil Beritahu Perkara Sebenar
Next article“Saya Tiada Ada Sebarang Niat” Perkongsian Cikgu Musa Telah Mendapat Perhatian dari MRSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here