PELAKON Irwansyah tidak senang duduk dan bimbang melihat tapak tangan isterinya iaitu Zaskia Sungkar mengalami alahan teruk sehingga tumbuh ruam.
Menurut laporan HotDetik, Zaskia berkongsi reaksi panik suaminya itu yang dimuat naik menerusi Instagram pada Ahad lalu.
“Ini yang buat Irwan panik. Hairan betul, macam mana tangan jadi begini? Semalam selepas cuci baju, tangan saya jadi panas dan merah begini. Ada yang tahu tak kenapa jadi begini?” tulisnya.
Peminat puji tindakan Irwansyah yang cukup mengenai keadaan kesihatan isteri.
Sementara itu menerusi perkongsian di Instastory pula, Zaskia memuat naik reaksi Irwansyah yang dilihat menghubungi seseorang bagi mendapatkan bantuan.
Dalam keadaan mencemaskan itu, Zaskia sempat meminta Irwansyah untuk tenang dan memberitahu alergi pada tapak tangannya itu akan sembuh dalam masa terdekat.
“Tengok ni Irwansyah panik. Ini saya dah beritahu InsyaAllah sekejap lagi hilang.
“MasyaAllah terharu sama suami, lucu tengok tapi macam mana nI?” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mstar.com.my/