KUALA LUMPUR – Meskipun perkahwinan terdahulu berakhir selepas hampir 20 tahun hidup bersama, Isma tidak mahu mengenang episod duka itu dan mahu terus mengorak langkah.
” Saya mahu tutup buku lama, buka buka buku baru,” kata Isma yang hampir dua tahun bergelar ibu tunggal selepas bercrai dengan komposer dan penyanyi Zul 2By2 sejak awal 2018.
Isma yang menamatkan zaman jndanya dengan jejaka dikenali Mohd Dzaki, 35, pada penghujung tahun lalu menyifatkan jodoh yang hadir sebagai ketentuan takdir.
” Semua yang berlaku ini adalah aturan Allah SWT. Saya menerima ketentuan ini dengan hati terbuka. Saya mahu terus memandang ke hadapan dan enggan ungkit kisah lama.
” Selama ini saya tak pernah menutup pintu hati untuk kembali berjodoh kerana semuanya saya serahkan kepada ketentuan takdir. Siapalah saya mahu menafikan apa yang sudah tertulis.
” Alhamdulillah perkahwinan kali kedua ini berjalan dengan baik dan bahagia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran busana jenama Munawwareen 2020 di Jalan Tengah, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Isma, dia memohon maaf kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai perkahwinan keduanya kerana menuruti permintaan suami.
” Cukup orang sekadar tahu saya sudah berkahwin. Saya menuruti permintaan suami, dia lebih selesa untuk tidak ke depan dan hanya di belakang tabir saja.
” Dia seorang yang merendah diri. Malah begitu juga dengan keluarganya. Apa yang dikongsikan di media sosial sebelum ini, hanya itulah yang mampu saya jelaskan.
” Alhamdulillah anak-anak saya juga merestui perkahwinan kami.
Mereka terima dan tiada masalah dengan bapa baru mereka,” katanya.
Ditanya mengenai soal zuriat, Isma enggan meletakkan harapan tinggi sebaliknya menyerahkan kepada rezeki dan ketentuan Ilahi.
Isma dan Dzaki dinikahkan pada 21 Disember tahun lalu di Menara Seri Dewan Wilayah, Putrajaya.
Majlis pernikahan Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail yang juga kakak kepada penyanyi Tomok pada jam 11 pagi itu hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.
Menerusi perkongsian hidup Isma dengan komposer dan penyanyi Zul 2By2 yang terlerai dua tahun lalu, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 21, Muhammad Haiqal Aydiel, 20, Seri Aida Merlissa, 18, Seri Ayreen Merlynda, 16, dan Seri Adryana Mercella, 12.
Selain Isma, majlis pelancaran Munawwareen 2020 yang menampilkan rekaan fesyen berkualiti dan busana muslimah turut dihadiri ramai selebriti seperti Rohana Jalil, Syafie Naswip, Raja Afiq, Salwa Abd Rahman, Ayu Damit dan ramai lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : hmetro