Pelakon Remy Ishak menafikan d4kwaan segelintir netizen yang mengatakan isterinya, Ezza Yusof, kini sedang hamil.
Menurut Remy, 40, dia dan Ezza belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata biarpun sudah lapan bulan mendirikan rumah tangga.
Kata pemilik nama Mohammad Zalimei, buat masa sekarang dia ingin menjayakan watak bapa yang membenci anaknya dahulu kerana bimbang terkenan dengan bayi sendiri.
Belum ada rezeki lagi. Saya sebenarnya ada kongsi rasa takut kepada Amyra Rosli. Saya takut hendak membawa watak Zafran dalam drama Jangan Menangis Cinta.
Semuanya kerana saya takut tiba-tiba isteri saya hamil pada masa saya menghidupkan watak Zafran yang emosi dan tidak sukakan anak c4cat.
Saya jadi fob1a. Kemudian, baru-baru ini, tular d4kwaan orang ramai nampak ‘baby bump’ isteri saya. Saya paling gementar saat itu… Sudahlah saya sedang membawa watak Zafran.
Tambah pelakon drama Pujaan Hati Kanda, ‘baby bump’ yang diperkatakan peminat itu hanya busana besar yang dipakai oleh Ezza.
Namun, Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-31 faham dengan keterujaan wargamaya yang menanti berita gembira daripada mereka.
Isteri cakap tiada apa-apa, hanya baju yang besar. Mungkin orang terlalu teruja dan tersalah pandang.
Mungkin juga orang berharap. Iyalah, saya sudah bernikah beberapa bulan.
Sebelum ini kec0h di media sosial apabila pengikut Instagram (IG) mula bertanya sama ada penampakan yang dilihat itu adalah ‘baby bump.’ Lebih menguatkan lagi apabila aktres Fasha Sandha meninggalkan komen seakan memberi petunjuk apabila meletakkan emoji botol susu.
Terdahulu, Remy dan Ezza telah selamat melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos 2021 setelah sembilan tahun mengenal hati budi masing-masing.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :http://www.sinarviral.com/