Home Petua Tips Isteri Lan Solo Syukur Hubungan Suami & Rody Kristal Kembali Pulih –...

Isteri Lan Solo Syukur Hubungan Suami & Rody Kristal Kembali Pulih – ‘Allah Dengar Doa Aku!’

132
0

Hubungan antara pemain gitar Kristal, Rody dan bekas vokalis kumpulan berkenaan, Lan Solo, dikatakan keruh selepas wujud perselisihan faham sehingga penyanyi itu meninggalkan kumpulan terbabit untuk bergerak sendiri, pada November 2017.

Sejak insiden berkenaan juga, ramai peminat tertanya-tanya, apakah kesudahan ‘drama’ membabitkan dua selebriti ini dan apakah persahabatan sejak di bangku sekolah itu akan terputus buat selama-lamanya?

Allah dengar doa aku

Terbaru, isteri kepada Lan Solo iaitu Sheila menerusi IG miliknya memberitahu perkhabaran gembira mengenai hubungan dua sahabat baik ini.

Allahuakbar. Allah dengar doa aku weiii. Syukur. As i told you guys. Dia orang ni sebantal. Memang macam adik beradik kandung. Air cincang macam mana pun tak putus. Acap @acapkristal tengok ni. Usaha kita berjaya! Not to forget @syurabadron. Terima kasih jadi bahu yang sentiasa ada! Guys, doakan yang baik-baik. Aku yakin satu Malaysia tahu “kisah” mereka. But i know them well! Semoga Allah terus buka jalan dan ruang untuk kite semua merasai nikmat berkasih sayang. I reserved my comment but Allah dah jawab doa aku.

We did it!

Menurut Sheila, dia berasa sangat bersyukur sebaik sahaja melihat Lan dan Rody tersenyum dan berada bersebelahan ketika melakukan panggilan video menerusi telefon bimbit, semalam.

Setelah diduga dengan pelbagai masalah sebelum ini, Lan dan Rody difahamkan telah bersemuka. Menerusi tinjauan pihak OhBulan! Lan dan Rody dipercayai bertemu sebelum konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 8 bermula.

Jelas Sheila, dia berharap semoga Allah terus membuka jalan dan ruang buat mereka semua untuk merasai nikmat berkasih sayang antara sama lain. Jelasnya lagi, dia memohon netizen untuk mendoakan yang baik-baik buat Lan dan Rody.

Sheila turut berkongsi foto bersama Acap Kristal sambil menyatakan bahawa mereka sudah berjaya menyatukan semula Lan dan Rody.

Jelas terpancar wajah kegembiraan di raut wajah Sheila dan Acap menerusi perkongsian foto tersebut. Terdahulu, Rody pernah menyatakan bahawa tidak ada keperluan buat dirinya untuk terbabit dalam konsert Lan Solo pada 2 Mac tahun lalu.

Pada masa yang sama, Rody cuba mengelak untuk bekerjasama dengan vokalis lain kerana tidak mahu penyanyi sedia ada terasa hati. Bukan itu sahaja, ahli kumpulan Kristal turut mendakwa Lan Solo sudah menyekat mereka di media sosial. Apapun, kami doakan yang terbaik buat semua pihak.

Sumber : Sheila

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://ohbulan.com/

Previous articleBeras Kita Beli? Video Hanis Zalikha ‘BeI4sah’ Hairul Raih Perh4tian Lebih Sejuta Peminat
Next articleImej & Persembahan Seakan Adele, ‘All I Ask’ Adibah Noor Buat Penonton ‘Goosebumps’ – ‘Ini Baru Menyanyi!’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here