Sejak akhir-akhir ini, banyak luahan ketidakpuasan hati pelanggan yang bertebaran di media sosial gara-gara baju raya yang dibeli tidak seperti yang dibayangkan.
Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang mempunyai pendapat yang berbeza kerana merasakan tindakan ‘viral’ itu tidak wajar dilakukan.
Kata Michael, keputusan untuk membeli secara atas talian (online) itu dibuat sendiri oleh pelanggan bukan ada paksaan dari peniaga.
Sudah-sudah la post cakap beli baju online tak seperti apa diiklankan. Anda semua kena ingat tau gambar diorang, model yang pakai. Anda model ke?
Kedua, anda semua beli ikut apa yang anda fikir akan muat. Dan material pun korang tengok saja kat gambar. Semua benda lepas ambil gambar dan kena ‘touch up’ cantik la. Nama pun iklan.
Sementara itu, pelakon berumur 46 tahun itu masih berpegang dengan prinsip untuk pergi sendiri ke butik dan cuba dahulu pakaian yang diinginkan sebelum membeli.
View this post on Instagram
Saya masih rasa kalau beli baju kena cuba pakai dan pegang dulu material (kain) baru beli. Kalau beli online tu terima la apa yang dapat dan tukar balik kalau tak puas hati. Tak payah nak kutvk-kutvk.
Melainkan la baju sampai tu kotor ke atau sama sekali bukan apa yang anda pesan. Bagaimanapun, tak semua nak diviralkan kalau benda anda nak viralkan anda semua tak cermin diri sendiri dulu.
Perkongsian itu turut mendapat respon positif daripada warganet. Rata-ratanya bersetuju dengan suara hati pemilik nama Michael Ang Hai Swee.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://ohbulan.com/