Home Petua Tips Gambar Raya Sambil Ramas Pvunggung Jadi Ikutan. Ini nasihat padu Cikgu Fadli...

Gambar Raya Sambil Ramas Pvunggung Jadi Ikutan. Ini nasihat padu Cikgu Fadli Salleh

8030
0

Meskipun Syawal kali ini kita semua menyambutnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun nampaknya ia tetap disambut meriah dengan cara tersendiri.

Dalam umat islam menyambut  1 syawal dalam keadaan bersederhana kerana PKPB, pelbagai perkongsian gambar-gambar raya di sosial media. Namun apa yang menyedihkan, ada gamabar yang tidak sepatutnya di kongsi kepada umum, mula tular.

Di twitter misalnya, gaya bergambar raya dengan meramas punggvung isteri dan gf menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizan

Bimbang perkara tersebut akan mula menjadi ikutan anak-anak muda, Cikgu Mohd Fadli Salleh tampil memberi nasihat

Gambar raya sambil ramas pvnggung isteri/gf

Trending terbaru di twitter katanya. Berlambak gambar begini orang share kat twitter hari ini.

Gambar raya sambil ramas pvnggung isteri/gf.

Ia tak sweet okey! Ia memalukan. Ia melampaui batas. Sangat tidak patut kongsi gambar begini pada umum.

Nak sangat ambil gambar ramas bontot isteri ke, gf ke, tunang ke, tolong jangan post kat media sosial. Ia akan menjadi ikutan budak-budak dan remaja. Dan ia bukan budaya yang baik untuk diikuti.

Hari raya ini hari meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Sebulan menahan nafsu. Sebulan kita mendekatkan diri dengan Tuhan. Sebulan kita cuba istiqomah bersedekah solat tarawih, mengaji Quran, tahajud dan sebagainya.

Dan sebaik habis bulan paling mulia, takkan kita nak raikan kemenangan dengan paparkan pada dunia kita sedang meramas punggung isteri sendiri?
Serius ia tak okey!

Untuk simpanan peribadi, terpulang. Namun untuk berkongsi di media sosial, ia sangat tak patut dan memalukan.

Kita ada budaya ketimuran. Kita ada agama yakni Islam.

Dan trending baru ini langsung tidak mencerminkan budaya, apa lagi agama.

Please stop kongsi gambar begini. Jangan jadikan benda tak elok sebagai trending dan ikutan.

Jika pun tidak malu pada Tuhan, sekurang-kurangnya malulah pada adik-adik dan remaja yang memerhati.
Ia tak okey. Langsung tidak!

Perkongsian Mohd Fadli Salleh ini mendapat 3.5K reaksi dari netizan, 589 perkongsian dan 711 komen, Rata-rata bersetuju dengan pendapat beliau dan meng3cam tindakan mereka kerana seolah-olah merendahkan marvah dan martabat wanita islam

Humairah Al-Hamra Malu kan sebahagian dari Iman.. kita yg tengok pula yg rasa malu. Yg buat tu tak tau malu agaknya.. aduhai..

Saya bersara dari Twitter sebab perkara sebegini la. Selain menyampah melihat masing masing try hard untuk mendapat retweet dan fav dengan mereka cerita hambar diorang.

MrsSyed Iela Iela Setuju. Allah dh turunkan sedikit pengajaran kpd kita dgn makhluk covid ni, mgkn kerana kemungkaran manusia di muka bumi..and now trending gmbr begini pula

Sri Kandi Yg merisaukn bilamana pkara bgini mjadi ikutan ank2 muda. risau pula bila mmikirkn ank2 saya bakal meningkat remaja..

Ini tahun pertama UMAT ISLAM  merayakan Syawal dalam keadaan wab4k cov1id yang masih belum mampu dibaik pulih oleh sesiapa sekalipun.

Dijangkakan bahawa vaksin untuk w4bak ini akan diperolehi dihujung tahun hadapan, maka kita semua masih tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Di harapkan perkara-perkara yang dianggap mencemar bulan Syawal seperti ini dapat di elakkan. Eloklah kita semua mensyukuri dan memberi contoh yang lebih baik kepada generasi muda seperti memperbanyakkan  takbir dalam talian

Sayu takbir dalam talian

“WALAUPUN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB) namun ianya tidak membataskan kakitangan berkumpul menerusi teknologi dalam talian sekali gus merealisasikan takbir raya pada tahun ini,” kata Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Profesor Dr Abd Halim Md Noor.

Katanya, takbir raya membabitkan pengurusan universiti dan staf Hal Ehwal Islam berlangsung selama 10 minit mengunakan Google Meet.

Menurutnya, sesi anjuran Unit Komunikasi Korporat dan Unit Hal Ehwal Islam terbabit antara kaedah selamat dalam mengekang pandemik Cov1id-19 daripada merebak.

Beliau berkata, walaupun kesemua kakitangan berada di kediaman masing- masing- namun sesi berkenaan berjalan dengan lancar.

Dalam masa sama dia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua staf, penuntut dan Alumni UiTM Melaka yang menyambut hari raya kali ini dengan bersederhana dan mematuhi pencegahan Covi1d-19 seperti yang digariskan oleh kerajaan.

Kakitangan unit korporat Akmal Adanan berkata, Covi1d -19 yang melanda dunia kini memberi cabaran paling getir dalam semua aspek.

“Sehubungan itu, ianya memerlukan kreativiti dari semua untuk menyesuaikan diri dalam situasi yang berbeza.

“Alhamdulillah program berlangsung dengan baik, namun tetap sayu walaupun sekadar di dalam talian. Berikutan itu sama-sama kita berdoa wabak akan berakhir dengan cepat dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Sumber : MB

Previous article“Kami terpilih untuk dugaan ini” – Lima ny4wa keluarga hilang akibat Covid-19, Aidilfitri disambut ala kadar dengan seribu makna
Next articleNeelofa tangguh hasrat ke Indonesia ada kaitan dengan masa depannya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here