” Pada sebelah paginya, saya sempat menyuapkan Putri dan dia makan dengan berselera, malah sempat mengucapkan ‘ibu, i love you’.Ini kata kata seorang ibu terkenangkan
pemergian anak tercinta.
” Walaupun Putri anak angkat, tetapi dia ditatang bagai minyak yang penuh malah menjadi penyeri hidup kami sekeluarga,”
Itu kata-kata Halimaton Seman, 48, ibu angkat kepada Putri Nur Zulaika Abdullah, 11, yang meninggI dnia Jumaat minggu lalu akiibat pnyakit paru-paru k.ronik sejak berusia lima bulan.
Menurutnya, akiibat pnyakit itu, Putri Nur Zulaika yang dijaga sejak lahir tidak boleh berenggang dengan tngki oksigen, tetapi dia seorang kanak-kanak yang mempunyai semangat tinggi.
Sempat suap makanan
Halimaton berkata, anaknya meninggI dnia ketika dirawa.t di Hspital Port Dickson pada 6 petang, 2 April lalu.
” Pada sebelah paginya, saya sempat menyuapkan Putri dan dia makan dengan berselera, malah sempat mengucapkan ‘ibu, i love you’.
” Pada masa sama, dia membuka mata sambil berkata ‘kakak tak nak m4ti, kalau kakak m4ti, siapa nak jaga ibu’,” katanya ketika ditemui di sini.
Halimaton berkata, Putri Nur Zulaika juga kerap mengucap dua kalimah syahadah, dan itulah detik terakhir mereka bersembang sebelum anaknya pergi buat selama-lamanya.
Selain itu, katanya, arwh suka menulis dan tulisan terakhirnya ditujukan kepada ayahnya bagi meminta maaf kerana dia sering bergurau dengan ayahnya.
” Boleh dikatakan hampir seluruh ahli keluarga akan menerima surat yang ditulisnya setiap hari sejak beberapa tahun lalu.
” Apabila dia sudah tiada, surat itu menjadi kenangan kami semua,” katanya sambil menambah dia menziarahi pusara anaknya setiap hari sejak seminggu lalu.
Kisah mengenai Putri mula mendapat perhatian ketika pertama kali disiarkan oleh HarianMetro pada Mei, 2017.
Ketika itu Putri bergntung sepenuh masa bekalan oksigen dan sering ditemani ibunya ke mana saja kerana bimbang keselamatan serta kesihatannya.
Malah Putri bijak menutur bicara apabila ditanya tentang keadaan dirinya serta sentiasa menghargai pengorbangan ibunya dalam menjaganya.
” Pergi ke sekolah, ibu dukung dan kemudiannya menunggu saya di luar hingga habis waktu belajar kerana dia sentiasa bimbangkan saya.
” Kasih sayang ibu tiada tolok bandingnya biarpun tahu saya hanya anak angkat. Saya sangat kasihan melihat ibu kerana penat menjaga saya dan tiada apa membalas melainkan kasih sayang melimpah untuknya.
” Jika ibu tidur, saya selalu menatap wajahnya kerana saya tahu dia penat, saya sayang ibu sangat-sangat,” katanya.
Sementara itu, Halimaton berkata, Putri dipelihara sejak lahir dan dia tidak pernah menyembunyikan status sebenar Putri sebagai anak angkat.
” Status sebagai anak angkat pun kami tidak sorok kerana dia perlu tahu siapa ibunya sebenar. Biarpun begitu, kasih sayang kami tidak berbeza sama seperti anak kandung sendiri.
” Saya jarang tidur lena kerana bimbangkan kalau dia menghadapi masalah pernfasan seperti gas tersumbt atau msalah tong gas yang tidak berfngsi.
” Kalau tidur pun sekadar tidur-tidur ayam.
” Paling seronok kalau saya lelapkan mata dan Puteri datang mengusap muka dan mencium saya sambil berkata saya sayang ibu,” katanya.
Sementara itu, kisah Putri turut mendapat perhatian beberapa selebriti tanahair yang datang menziarah termasuk pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak.
Zizan yang berkunjung pada Jun 2020 berkata, kunjungannya adalah bagi memenuhi permintaan kanak-kanak terbabit yang sudah lama teringin berjumpa dengannya.
” Sebaik melihat keadaannya, saya tidak dapat mengawal rasa sedih lalu mnangis. Kalau lihat dia secara fizikal tampak sihat, tapi dktor beritahu, kesihatannya mer.osot sejak kebelakangan ini.
” Apabila diberitahu saya hendak datang, bukan main seronok dia sampai tak mahu tidur.
” Sepanjang sejam meluangkan masa, dia mendoakan agar saya murah rezeki, dipelihara kesihatan dan cepat dapat jodoh,” katanya.
Sumber:hmetro
Kredit asiakini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .