Setiap insan diuji dengan berbagai dugaan tak kira tua muda miskin kaya berpangkat atau pun tidak. Tapi yang utama sejauh mana kita ingat hati kita padaNya.
Kadang kadang kita dah bekerja dan ada keluarga yang baik dan pendapatan lumayan tapi kita terlupa rezeki yang kita perolehi.
Jangan kita sangka kita yang dah besar panjang punyai akal hingga boleh buat duit berjuta juta dapat memberi kebahagiaan segalanya hingga kita lupa pada
Yang Maha Pemberi.
Sesungguhnya hidayah itu milik mutlak pada Yang Maha Pemberi itu dan hidayah itulah yang mesti kita cari samada kecil atau besar kita.
Malu rasa diri ini bila melihat dua orang anak kecil ni menyebut kalimah kalimah suci ditepi jalan hanya mencari rezeki menjual belon. MasyaAllah
Satu foto tvlar di me dia sosi al memaparkan seorang budak lelaki yang dipercayai berjualan belon-belon animasi kartun sedang mengajar seorang budak yang lebih kecil untuk membaca Iqra.
Menurut Kumparan.com, dua kanak-kanak tersebut merupakan abang dan adik yang sedang meneliti buku Iqra di bawah gantungan belon animasi sehingga membuatkan ramai yang terharu melihat mereka.
Adik lelaki yang memakai kemeja putih dan selipar itu kelihatan begitu bersemangat ketika diajar oleh abangnya.
Dia nampaknya begitu teliti memerhatikan buku Iqra yang dipegang oleh budak lelaki yang memakai baju hitam tersebut.
Menurut Kumparan, lokasi sebenar kedua-dua kanak-kanak itu menjual belon tidak dapat dipastikan namun menurut warganet, kedua-dua lelaki itu biasanya menjual di hadapan Top Swalayan, Kabupaten Kolaka, Sulawesi Tenggara.
Kadang kadang kita rasa malu untuk belajar Quran mungkin dengan usia yang lanjut tapi cuba kita tengok si abang ni tekun ajar adik biarpun serba kekurangan.
BELAJAR mengaji pada usia lanjut adakalanya membibitkan perasaan malu bagi segelintir orang. Namun, rasa itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama. Sementelah, menuntut ilmu itu merupakan kewajipan ke atas setiap insan.
Ya, barangkali perasaan itu terbit kerana sifat rendah diri mereka yang buta huruf, merangkak-rangkak mahupun tidak fasih dalam soal hukum tajwid.
Namun, ketahuilah itu hanya pandangan kita semata-mata. Hakikatnya tanggapan itu hanya akan merugikan diri. Walhal, ALLAH SWT telah menjanjikan ganjaran buat hamba-hamba-NYA yang tidak lancar membaca al-Quran, tetapi masih berusaha mempelajarinya.
Sabda Rasulullah SAW: “Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH. Adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)
Sesungguhnya usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu belajar dan berjaya. Begitu juga apabila kita belajar mengaji. Tidak kiralah berapa pun usia kita, jangan sesekali menyerah kalah tanpa berusaha untuk belajar mengaji dan memperbaiki bacaan kalamullah sebelum ‘menutup mata’.
Sumber : IG makassar