Home Petua Tips “Jangan malu naik motor,” – Pemuda pec4h tabung duit kahwin, setahun berjaya...

“Jangan malu naik motor,” – Pemuda pec4h tabung duit kahwin, setahun berjaya kumpul RM19,000

92
0

KITA semua pasti mempunyai impian dan matlamat tersendiri. Namun hanya usaha penuh semangat, tanpa putus ada dan mempunyai matlamat yang jelas yang akan membuahkan kejayaan.

Bercakap mengenai usaha gigih, perkongsian daripada pemuda ini boleh memberikan dorongan kepada kita yang ingin mengumpul sejumlah wang dalam masa ditetapkan.

Pemuda dikenali Shafiq Shaifullah berkongsi bagaimana dia boleh mengumpul wang di dalam ‘Tabung Kahwin’ sebanyak RM19,000 dalam tempoh setahun bermula 7 Januari 2020 sehingga awal 5 Januari 2021.

“Demi menghalalkan seorang wanita aku gagahkan diri ini menabung. Alhamdulillah apabila niat kita betul, ALLAH permudahkan segala urusan.

“Alhamdulillah hari ini selamat pecahkan tabung kahwin walaupun sudah lama berkahwin,” titipnya pada video berkenaan.

Video:

Shafiq mended4hkan telah menyimpan sebanyak RM1,500 sebulan di dalam tabung khas semasa menjawab pertanyaan warga maya.

“RM1,500 persamaan dengan gaji pokok saya. Setiap bulan konsisten. Kalau ada bayaran elaun kerja lebih masa, saya akan masukkan dalam tabung,” katanya yang telah selamat bergelar suami pada 27 Mac 2021.

Menurut Shafiq, ketika itu dia dikurniakan rezeki lebih yang membolehkan perkahwinan dilangsungkan tanpa perlu memecahkan tabung tersebut.

Kegigihan pemuda itu bekerja siang malam dan tekun membuat tabungan menarik perhatian warga maya. Rata-rata meminta tip bagaimana menyimpan wang dengan konsisten.

Pengetahuan atau kesedaran tentang pengurusan kewangan sewaktu muda amat penting.

Ini kerana korang mempunyai tempoh masa yang lebih panjang untuk merancang simpanan. Semoga kisah ini memberikan inspirasi buat kita semua!

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleSiti Nordiana Berjoget Semasa Menyanyi Di Rancangan Meletop, Tapi Skirt Pula Yang Menjadi Perhatian
Next articleDua kali berpisah dengan isteri, lelaki ini men4ngis hantar anak ke tadika… mahu bina semula keluarga buat kali ketiga! – “Ini jalan terbaik”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here