Home Petua Tips Buang Semua v1rus, Tapi Jangan Undang Murka Allah

Buang Semua v1rus, Tapi Jangan Undang Murka Allah

425
0

LAMAN sosial dan akhbar ultra kiasu sibuk mempr0gandakan mengenai lantikan politik PH dalam GLC, apabila PN mengambil alih kuasa.

Apabila ultra kiasu memerintah, mereka layan kakitangan perkhidmatan awam, badan berkanun dan GLC macam ‘s4mpah’.

Ultra kiasu tidak percaya kepada warga perkhidmatan tertinggi sektor ini kerana dituduh sebagai prokerajaan terdahulu (BN).
Boleh dikatakan hampir semua lantikan yang dibuat oleh kerajaan sebelum itu (BN), ditukar dan dibuang, digantikan dengan orang-orang mereka.

Berlaku proses pengikraman dan pengultrakiasuan yang amat ketara dalam kesemua institusi tersebut. Mereka yang pro-BN akan dibekukan atau dipetiaiskan, tidak dinaikkan pangkat dan tidak kurang yang dibuang.

Ada beberapa pegawai JASA yang saya temui, setelah dibuang kerja, bekerja di pasar raya untuk menyara keluarga. Kasihan mereka.

Kini, apabila kerajaan baharu mengambil alih, proses untuk menukar, mengganti, dan membuang terlalu perlahan. Tidak seagresif ketika ultra kiasu mengambil alih kuasa. Saya tidak pasti kenapa?

Mungkin kerajaan hari ini merasakan mereka tidak kuat lagi dan menunggu sehingga Parlimen bersidang Mei ini. Maklumlah keadaan masih lagi ‘fragile’ sekarang ini.

Tetapi menyimpan mereka, lantikan politik PH seperti memelihara parasit. Duri dalam daging.

Paling bah4ya, mereka menyalurkan maklumat ‘r4hsia’ kepada akhbar dan laman sosial ultra kiasu, agar dapat dijadikan berita sensasi.

Terbaharu, saya mengikut sepenuhnya, berita yang dilaporkan mengenai lawatan Menteri Pengajian Tinggi ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), berkaitan dengan wabak C0V1D-19.

Tanpa usul periksa, melalui sumber dalaman ultra kiasu dalam UPSI, media ultra kiasu melaporkan berita yang tidak benar. Mensensasikan dan memanipulasikan.

Laman ultra kiasu melaporkan, pengurusan tertinggi UPSI tidak peka dengan arahan PKP kerajaan. Seramai 20 pelajar telah dikerahkan menjalani latihan untuk memberikan persembahan kepada Menteri Pengajian Tinggi, sempena lawatan tersebut.

Memanglah tidak patut mengadakan persembahan ketika lawatan menteri ketika PKP dan wabak C0V1D-19. Semua orang faham perkara tersebut.

Isunya bagaimana surat menyurat Naib Canselor UPSI boleh b0cor ke laman web ultra kiasu.

Apakah ultra kiasu memb0corkan ‘rahs1a’ ini benar-benar mahu menjaga wbak ini daripada mereb4k atau sengajakan mahu merosakkan imej Menteri Pengajian Tinggi yang baharu?

Pihak UPSI yang bertanggungjawab ke atas persembahan tersebut mengatakan hanya tujuh orang yang terlibat dalam latihan bukan 20 orang seperti yang laporkan. Itupun latihan dibuat dalam rumah sewa.

Namun, persembahan tujuh orang itu pun dibatalkan pada hari kejadian.

Saya turut menerima WhatApps daripada salah seorang peserta persembahan tersebut Shakkir Latiff, yang berbunyi
Saya merupakan pelajar yang terlibat dalam berita ini dengan ini saya ingin mengesahkan beberapa fakta yang telah diputarbelitkan.

Saya dan tujuh orang lagi rakan saya yang mana kami semua duduk satu rumah tidak ada keluar ke mana-mana tidak menjalankan latihan seminggu dua minggu seperti yang dikatakan itu.

Kami latihan sehari dua di dalam rumah, shooting, di dalam rumah dan tidak keluar. Saya juga ingin mengesahkan bahawa tiada persembahan yang telah kami lakukan sebentar tadi, mohon semua jangan membuat andaian dan berita-berita p4lsu yang menjatvhkan reputasi.

Jika laman web ultra kiasu ini bersangka baik, sebelum disiarkan, sepatutnya dia mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada pelajar terbabit, atau terus kepada kepada pengurusan tertinggi mereka seperti Naib Canselor UPSI, bukan terus menggunakan sumber ultra kiasu UPSI dan mensensasikan berita tersebut.

Insiden ini, mengingatkan diri saya dan juga kepimpinan kerajaan hari ini supaya mengambil beberapa tindakan berikut:

Pertama, segera bersihkan v1rus-v1rus dalam perkhidmatan awam, badan berkanun dan GLC lantikan politik PH.
Laman sosial ultra kiasu sibuk memprogandakan beberapa ketua GLC lantikan PH, yang telah diminta letak jawatan.
Tak payah bisinglah.

Habis, zaman kamu dahulu, apa yang kamu tidak buat terhadap lantikan BN. Mengata dulang paku serpih. Mengata orang dia lebih.
Di peringkat Universiti Awam, gantikan dengan Timbalan Naib Canselor yang bertanggungjawab terhadap pelajar, dengan mereka mempunyai aspirasi yang sama dengan semangat dan roh Perlembaagaan Persekutuan yang dijunjung oleh PN.

Kedua, mereka yang profesional, tidak berpihak, tidak menikam belakang, ikhlas dan memang kuat bekerja, boleh dikekalkan.

Mereka ini terdiri dalam kalangan orang bekerja, workaholic. Kategori ini perlu dikekalkan, kecuali mereka turut berpolitik.

Ketiga, mulakanlah proses tarbiyyah supaya kakitangan semua sektor menjunjung tinggi aspek hidup berpandukan Perlembagaan.
Perkara ini amat penting supaya tidak berlaku kesilapan ketara yang didedahkan baru-baru ini, apabila tular surat mengenai Ketua Setiausaha sesebuah kementerian yang membenarkan operasi kilang arak ketika PKP. Apakah KSU ini sudah merujuk kepada Menteri?

Jika sudah atau belum, wajib ditukar jenis manusia seperti ini, termasuk menterinya.

Sudah tentu musvh-musvh politik PN akan menggunakan peluang ini untuk menghentam kerajaan pimpinan PN. Dalam keadaan yang sangat krit1kal ini, takkan perkara sebesar ini pun tidak boleh faham.

Tatkala hanya semua operasi perniagaan lain ditutup, kecuali perkhidmatan krit1kal, kenapa kilang ar4k ini diberikan layanan istimewa.

Apakah istimewanya kilang ar4k ini? Berapa komisyen yang dapat hasil daripada operasi kilang ar4k ini? Ingatan saya, jangan mengundang kemurk4an Allah.

Saya tidak nafikan bukan Islam terhadap arak, tetapi sekarang bukanlah masanya yang sesuai untuk membenarkan ia beroperasi, kerana manusia boleh hidup tanpa ar4k.

Fikirkanlah dalam keadaan yang terdesak ini untuk memberikan kelengkapan dan kemudahan yang cukup kepada rakyat, terutama sektor makanan.

Kita amat bimbang jika bekalan makanan tidak mencukupi untuk tempoh terdekat ini ketika mana seluruh dunia dilanda C0V1D-19.

Ada sebahagian negara sudah mula mengurangkan operasi pengeluaran hasil tani, terutama beras yang tidak pernah cukup untuk keperluan kita.

Fikirkanlah perkara ini, daripada ar4k, ar4k, ar4k. Apakah kita tidak pernah belajar daripada kesilapan masa lalu?
Lagi pula, boleh dikatakan semua harga makanan asasi tiba-tiba menjadi mahal, walaupun harga minyak sudah turun begitu rendah.

Cukuplah setakat ini dahulu. Kepada pimpinan kerajaan hari ini fikirkanlah perkara ini dengan semasak-masaknya.
Kami sekarang berada dalam keadaan susah dan ket4kutan. Jangan tambahkan lagi kesusahan dan ketakutan kami dengan mengundang ‘bala Allah’ ini.

Walau bagaimanapun, saya masih ternanti-nanti kenyataan pimpinan ultra kaisu bukan Islam dalam PH dan PN, yang sukakan arak. Apakah mereka akan turut menentang operasi arak ini?

Jika mereka turut menentang arak, maka selepas ini, apa kata, kita boleh tutup semua kilang-kilang arak ini kerana ultra kiasu bukan Islam turut menentang ar4k. Ultra kiasu juga tahu bahaya arak kepada manusia setelah sekian lama Islam tegaskan.

Selama ini pun saya tidak pernah nampak dalam agama bukan Islam menghalalkan ar4k, melainkan hak asasi manusia sahaja yang membenarkannya. Jadi, isunya apa untuk menghalalkannya?

Justeru, jika benarlah berita tersebut, segera tarik balik kebenaran operasi kilang ar4k tersebut.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Pen4fian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Sumber : ismaweb

Previous article“Mama Dah Kembali Kepada Allah,Kenapa Awal Mama Pergi” Luahan Anak Sulung Arwh Dan Suami Undang Rasa Sebak
Next article“Orang kaya jugak menang” – Lepas Dapat 230k Tandatangan, Tetiba Orang Buat Petisyen Vivy Yusof Ni Nak D3lete Pulak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here