Home Petua Tips Wartawan Slumber Tanya SOP Utk Org Kenamaan, ini jawapan ‘jujur’ Ismail Sabri

Wartawan Slumber Tanya SOP Utk Org Kenamaan, ini jawapan ‘jujur’ Ismail Sabri

724
0

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat serta beberapa SOP yang ditetapkan semasa berhari raya tempoh hari, pelbagai cerita-cerita disebalik hari raya norma baru ini dapat dilihat.

Umum sedia maklum bahawa pihak berkuasa akan mengenakan kompavn kepada mereka yang didapati terlepas pulang ke kampung serta perkumpulan sanak-saudara lebih daripada 20 orang semasa hari raya.

Terbeliak mata bila tengok ni, ada satu rakaman video tular di media sosial terhadap soalan ‘berani m4ti’ yang ditujukan oleh wartawan kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkenaan dengan SOP perayaan ini.

Wow sis.. berani ye soalan tu.”

Soalan itu ditujukan kepada menteri selepas selesainya melakukan sidang media harian PKPB semalam (27 Mei 2020).

Di musim perayaan ini, ada yang masih ingkar mematuhi SOP perayaan dan kita dapat lihat ada rumah-rumah yang telah ‘disergah’ oleh pihak polis. Namun begitu, wartawan tersebut mend4kwa bahawa ada segelintir orang-orang atasan yang i1ngkar dan kongsikan perkara tersebut di media sosial.

“Di media sosial kita dapat lihat ada golongan kenamaan dan bangsawan yang melanggar SOP perayaan seperti penjarakan sosial, jumlah roang yang menziarah dan sebagainya.”

“Jadi, adakah SOP ini tertakluk kepada rakyat marhaen atau macam pernah dikatakan sebelum ini no one is above the law mohon jawapan yang sejujurnya terima kasih”

Adakah SOP ini tertakluk pada rakyat marhaen sahaja?

Disebabkan hal tersebut, seorang wartawan yang berada di sidang media Menteri Keselamatan pada hari raya-4 telah mengajukan soalan agak berani buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung SOP di hari raya.

Dalam pertanyaan itu, dia menanyakan sama ada SOP yang dianjurkan hanya tertakluk kepada rakyat marhaen sahaja atau kepada semua golongan kerana terdapat dalam kalangan kenamaan yang tidak mengikut SOP semasa berhari raya.

Bagaimanapun Datuk Seri ismail Sabri bersikap terbuka dan profesional menjawab soalan tersebut. Korang boleh tengok video dibawah.

Saya jawab sejujur-jujurnya

Muat naik yang tular di Twitter itu telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada warganet yang kebanyakkan mahu mengetahui jawapan daripada pihak menteri berhubung soalan tersebut.

SOP kenamaan. Ini jawapan ‘win’ Ismail Sabri

Oleh hal yang demikikan, Datuk Seri Ismail Sabri telah menjawab dengan ‘sejujur-jujurnya’ berkenaan d4kwaan tersebut yang juga sempat dirakam dan dimuat naik ke Twitter.

Menurut Sabri, SOP sama, tidak ada perbezaan antara kluster kayangan atau kluster bumi, siapa yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan oleh pihak berkusa. “Kita serah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan, sebab saya pun tidak tahu dmana atau siapa yang melakukan kesalahan tersebut”

Soalan macam ni perlu jadi kebiasaan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pebagai maklum balas mengenai pertanyaan yang diajukan itu.

Sebahagian daripada mereka mengakui bahawa wartawan tersebut begitu telus dan komited dalam memberikan soalan bagi menyuarakan segala tanda tanya daripada para rakyat berhubung SOP golongan kenamaan semasa berhari raya.

Wartawan suarakan kemusykilan rakyat, Berani punya soalan

Video viral di Twitter yang telah meraih 23.8K retweets kurang daripada 24 jam ia dimuatnaik ini membuatkan ramai netizen terkedu dan sokong dengan ‘hati kental’ wartawan yang bertindak sebagai wakil kepada rakyat marhaen untuk ditujukan soalan ini.

Diaorang je menjadi medium suara rakyat sebenar – Netizen

Sumber : bsm

Previous articleCOVID-19: Did4kwa Hampir Putus Asa, Frontliners Malaysia Tampil Beri Semangat Kepada Indonesia! Ramai Tersentuh
Next articleMacam tak kisah meniaga sesuka hati,Pati hijrah ke ‘port’ baharu pula

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here