Muka Awak Yang Jelas Dah Ada Kat Saya, Meh Bincang Elok-Elok, Johan Raja Lawak Seru Pemuda Ini Tampil Berjumpanya
Pernah mengalami pengalaman kejadian kehlngan motosikal pada tahun 2016, tadi Johan yang merupakan pelawak dan penyampai stesen radio terkenal Era.fm dilaporkan sekali lagi kehlgan motosikalnya.
Berita yang diperolehi daripada laman sos1al instagramnya itu memaklumkan kehlngn motosikal Yamaha LC itu disedarinya jam 8 pagi semalam di kediamannya di Bestari Residency Ukay Perdana, Hulu Kelang.
Memuat naik berita tersebut di instastorynya, beliau menyeru kepada orang ramai untuk segera mengubunginya jika ternampak motosikal tersebut di mana-mana.
Sebelum ini Johan dilaporkan pernah membuat lap0ran p0lis pada tahun 2016 kerana kehlngn motosikal jenis Yamaha 125z yang diletakkan di tempat parkir motosikal berhampiran Padang Bola Sepak Akademi Kuala Lumpur.
Sejurus memuatnaik entri tersebut, Johan dilihat seakan cuba memberi peluang kepada pelaku tersebut untuk tampil kedepan dan berbincang secara elok-elok bagi menyelesaikan mas4lah tersebut.
“Muka awak dah ada yang jelas kat saya, saya belanja sipi-sipi dulu.. Meh jumpa bincang elok-elok sebelum masuk dalam”, katanya pada entri terbarunya.
Menurut kenyataan Johan, beliau kini sudah mendapatkan foto rakaman wajah pelaku yang dipercayai mengambil motosikalnya itu yang diperolehi daripada cctv.
Setakat ini Johan masih berminat untuk menyeles4ikan k3s tersebut secara baik tetapi beliau memerlukan kerjasama si pelaku untuk memulangkan kembali motosikalnya sebelum beliau membuat keputusan untuk mended4hkan identiti pelaku dan membiarkan pihak P0lis untuk menjalankan si4satan.
Masih lagi mahu menjaga air muka si pelaku, Johan memaklumkan beliau hanya memaparkan wajah sisi-sipi pelaku tersebut.
Gambar yang didedahkan itu jelas menampakkan susuk tubuh seorang lekaki yang bertubuh agak berisi sedang menunggang motosikalnya.
Diharapkan berita ini segera sampai ke pengetahuan si pelaku dan beliau terbuka hati untuk hadir berbincang dengan Johan sebelum kes tersebut di uruskan oleh pihak berkuasa.
Sempena bulan baik ini, sikap terpuji Johan untuk membuka ruang perbincangan turut mendapat pujian net1zen, dan rata-rata berharap k3s tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik dan motosikal tersebut turut dikembalikan kepada yang haknya.
Sumber : thetular