Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 94 kes positif baharu j4ngkitan kor0navirus (C0vld-19) di seluruh negara hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 72 kes import dikesan daripada warganegara dan pelajar yang pulang dari Indonesia.
“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 22 kes sahaja,” katanya.
Menurutnya, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif positif C0vid-19 5,947 kes.
Daripada jumlah itu katanya, hanya 1,758 pesakit yang masih dirawat di hospital, 40 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 18 memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan tidak menerima sebarang laporan kematian berhubung C0vid-19.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 100 kes,” katanya.
Manakala, Kes keg4nasan rumah tangga di Perak menurun sebanyak 42.2 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, kadar itu menunjukkan pengurangan sebanyak 38 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurutnya, jen4yah kekerasan dan harta benda juga mencatatkan penurunan sebanyak 57.8 peratus.
“Berdasarkan statistik, kedua-dua jen4yah ini menunjukkan penurunan sebanyak 340 kes iaitu 85 kes bagi jen4yah kekerasan dan 255 jenayah harta benda.
“Bagi kes berkaitan jenayah komersial pula, sebanyak 219 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tempoh PKP diadakan melibatkan kerugian lebih RM3.6 juta,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan sebanyak 49 kes keg4nasan rumah tangga dilaporkan di Perak sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Daripada jumlah itu, 12 membabitkan kes suami mendera isteri manakala 11 lagi kes gaduh membabitkan anak dan selebihnya adalah adik-beradik serta anggota keluarga yang lain.
Kerajaan melonggarkan tatacara operasi standard bagi pergerakan orang ramai semasa perintah kawalan pergerakan fasa 4.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata bermula hari ini 2 orang dibenarkan untuk bergerak dalam 1 kenderaan, tetapi bersyarat.
“Dengan syarat kedua-duanya ahli keluarga dan dari rumah yang sama,” katanya pada sidang media hari ini.
Sementara itu, kerajaan juga membenarkan pergerakan bagi memberi keperluan harian atau mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan melebihi radius 10km, tetapi bersyarat.
“Sekiranya keperluan dan perkhidmatan itu tidak terdapat dalam radius 10km dari kediamannya,” katanya.
SOP sebelum ini menetapkan pergerakan melebihi 10km atas budi bicara polis.
Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu boleh didend4 maksimum RM1,000 atau dipenj4rakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Pada 21 Mac lalu, Menteri Kanan yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, memaklumkan hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar dari rumah sekiranya ada keperluan, untuk membeli barangan keperluan atau mendapatkan ubat-ubatan.
Khamis lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP Fasa 3 yang berakhir semalam, dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula hari ini hingga 12 Mei depan.
Pergerakan Lebih 10 Kilometer Dibenarkan Jika Terdapat Keperluan Tertentu
MENGULAS lanjut, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan bahawa terdapat sedikit kelonggaran bagi SOP pergerakan berbanding dengan PKP fasa sebelum ini.
Menurutnya dalam sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan telah mewartakan bahawa pergerakan melebihi 10km atas sebab tertentu adalah dibenarkan.
“Kalini ini, kita wartakan dengan lebih jelas iaitu perkara-perkara yang kita benarkan adalah jika ianya melibatkan keperluan harian, perkhidmatan kesihatan dan perubatan, kalau mereka terpaksa keluar dari 10 km, jadi kita benarkan.
“Kalau dulu, pihak polis menggunakan budi bicara, tetapi kali ini diwartakan didalam pewartaan terbaru.
#PKP: Kerajaan benar 2 orang keluar setiap kereta kini, perlu dari rumah sama, keluarga terdekat – @IsmailSabri60 #PerintahKawalanPergerakan #COVIDー19 pic.twitter.com/nr8oQ4kAWh
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 29, 2020
Dari segi peraturan, kita benarkan untuk mendapatkan keperluan yang disebutkan tadi, tetapi mestilah yang terhampir”, ujarnya.
“Contohnya nak ke klinik, jika ada yang jarak 15 km harus pergi ke situ, jangan pula pergi yang jaraknya 30 km,” katanya.
Sumber Bernama