Home Petua Tips Jodoh tak panjang! Ini 5 selebriti popular Indonesia bercerai awal tahun 2021...

Jodoh tak panjang! Ini 5 selebriti popular Indonesia bercerai awal tahun 2021 –

101
0

TAHUN 2021 baru sahaja memasuki bulan Mei, namun berita perceraian artis di Indonesia terus menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Ada antara selebriti sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga, ada juga yang memilih untuk berpisah disebabkan orang ketiga.

1. Nindy Ayunda dan Askara Parasady Harsono

Pada 7 Januari lalu, suami kepada penyanyi Nindy Ayunda iaitu Askara Parasady Harsono ditangkap kerana terlibat dengan kes dadah. Beberapa hari selepas itu, Nindy mendedahkan dia dan Askara dalam proses penceraian.

Nindy Ayunda dan Askara Parasady Harsono

Khabar angin mendakwa Askara pernah curang pada tahun 2015 dan diketahui oleh Nindy pada tahun 2018. Sehingga kini proses penceraian mereka masih berlangsung.

2. Kiwil dan Rohimah

Selepas 22 tahun berkahwin, pelawak Kiwil bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Rohimah pada 10 Februari lalu.

Kiwil dan Rohimah

Sebelum ini netizen memuji perkahwinan mereka kerana selama 17 tahun Rohimah sanggup berkongsi suami dan membenarkan Kiwil memiliki isteri kedua Meggy Wulandari.

3. Ayus Sabyan dan Ririe Fairus

Paling sensasi awal tahun ini mengenai khabar angin hubungan curang membabitkan Ayus dan penyanyi Nissa Sabyan.

Ayus Sabyan dengan Ririe Fairus

Gara-gara gosip ini Ayus dan isteri Ririe Fairus sah bercerai pada 24 Mac selepas lapan tahun berkahwin.

4. Bams dan Mikhavita

Bekas vokalis kumpulan Samson iaitu Bambang Reguna Bukit atau Bams dan isteri, Mikhavita sedang dalam proses penceraian.

Bams dan Mikhavita

Pasangan ini berkahwin pada 17 Januari 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

5. Rachel Vennya dan Niko Al Hakim

Selama ini Rachel Vennya dan Niko Al Hakim disebut sebagai pasangan ideal dan serasi, namun rupa-rupanya dalam diam perkahwinan mereka turut diuji.

Rachel Vennya dan Niko Al Hakim

Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini akhirnya berpisah pada 16 Februari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

SUMBER: Kompas

Previous articleCinta kembali bertaut, Da’i Farhan kembali dengan bekas isteri Fatin pada 1 Syawal –
Next article“Pel1k,Foto Raya Dengan Svami T4k De, N4k Teng0k Sed0ndon” – Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here