Home Petua Tips Juadah air tangan ibu, tidur melambak dan tentunya kutip duit raya antara...

Juadah air tangan ibu, tidur melambak dan tentunya kutip duit raya antara memori paling dirindukan di Aidilfitri –

89
0

AIDILFITRI tahun ini adalah kali kedua rakyat Malaysia tidak dapat pulang ke kampung selepas kerajaan kembali memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 12 Mei lalu hingga 7 Jun 2021.

Meskipun ramai berasa kecewa dengan keputusan itu, namun atas rasa tanggungjawab bagi membendung penularan virus Cov1d-19 di kampung, rakyat negara ini akur dengan keputusan tersebut.

Menerusi tinjauan yang dilakukan mStar menerusi grup sembang mStar Rojer!, rata-rata berkongsi mengenai kerinduan terhadap kampung halaman terutamanya kepada ibu bapa dan keluarga.

Masakan air tangan ibu paling dirindui saat hari raya.

Paling penting, ramai mula rindukan air tangan ibu terutamanya juadah istimewa lebaran seperti rendang ayam, kuah kacang, ketupat, lemang dan sebagainya.

“Bukan hendak beraya sangat tetapi perasaan rindu terhadap ibu bapa dan keluarga mengatasi segala-galanya.

“Sudah hampir enam bulan tak bertemu keluarga, jadi ketibaan Syawal mengusik jiwa yang lain macam,” kongsi Athirah.

Dalam pada itu, bagi Amirul, dia memang tidak menyangka tidak dapat pulang ke kampung dan sepanjang tempoh dua tahun negara dilanda Cov1d-19, ia mula memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan.

“Masing-masing duduk berjauhan dan sejak pandemik melanda, kami semua seolah-olah membawa haluan masing-masing.

Tradisi bersalaman dengan ibu bapa bagi memohon keampunan juga dirindui.

“Bertanya khabar pun hanya menerusi telefon… Ingat dapatlah mengeratkan kembali silaturahim raya ini, tapi nampaknya kena bersabar lagi,” tulisnya.

Bagi golongan remaja pula, perkara dirindukan sudah tentu aktiviti berkonvoi ke rumah saudara mara dan berjumpa sepupu yang sudah lama tidak bersua muka.

Malah ramai terkenangkan memori membantu nenek dan atuk mengemas rumah, mengacau dodol dan membakar lemang di petang raya.

“Paling best dapat pusing-pusing kampung dengan sepupu, tidur melambak di ruang tamu sambil menonton televisyen dan berbual sehingga larut malam,” kata Qistina.

Tapi paling ditunggu-tunggu setiap kali hari raya adalah aktiviti mengutip duit raya daripada keluarga dan ke rumah jiran di kampung.

“Sudah dua tahun tak dapat duit raya… itu menyedihkan juga,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous article“Terbaiklah! Ini Ke Orangnya?” -Akhirnya Kita Semua Tahu Suara Siapa Disebalik Doa Selepas Azan
Next articleIbu Tidak Mengaku Anak, Naim Daniel Jelaskan Tentang Foto Yang Tular

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here