Enam krew produksi drama Demi yang telah buat penggambaran di Inverness, Scotland, bulan lepas, disahkan mempunyai keputusan positif pada virus C0VID-19.
Perkara ini disahkan oleh pngarah drama berkenaan iaitu, Rahila Ali. Katanya, dia bersama pelakon, Puteri Aishah dan empat krew produksi mendapat keputusan positif berkenaan setelah buat test saringan di sebuah hospital swasta.
“Ya memang betul, kami disahkan positif C0VID-19. Saya dapat result test semalam, manakala beberapa krew lain termasuk pelakon Puteri Aishah terima result itu hari ini.
“Setelah pulang, kami tak ada symptom macam demam, sakit tekak mahupun sesak nafas. Namun, kami tak bernasib baik apabila kena virus itu.
“Saya bersama pelakon dan krew semua patuh arahan jalani tempoh self kuarantin selama 14 hari, sejak pulang adri Scotland dan tiba di Kuala Lumpur pada 31 Mac lalu. Kami tak ada jumpa sesiapa pun termasuk ahli keluarga apabila ditempatkan di kediaman lain yang disediakan oleh pihak produser”.
Pengarah berkenaan menambah sehingga kini, dia dan semua yang positif masih menunggu keputusan laporan penuh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Dikatakan, sekarang wad hospital penuh, oleh itu masih tunggu panggilan dari KKM untuk bawa kami ke hospital. Sekarang, kami masih ada kat kediaman kuarantin ini. Kami akan buat test saringan kedua sebaik dibawa ke hospital. Saya harapkan doa baik-baik. Doakan kami kuat menempuh dugaan ini”
Pengarah drama Demi untuk RTM itu memberitahu, sebenarnya mereka semua berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum kes virus berkenaan menjadi teruk dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum lagi dikuat kuasa oleh kerajaan ketika itu.
Drama berjudul Demi ini dilakonkan oleh Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan pelakon kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa.
Ditanya tentang Ben Amir, pelakon utama drama ini telah pulang beberapa hari lebih awal daripada kumpulan produksi berkenaan.
Ben Amir menceritakan dia balik ke tanah air pada tarikh 27 Mac lalu berbanding semua kru dan pelakon yang pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu.
“Apabila tiba di tanah air, saya terus je buat kuarantin diri di rumah. Kemudian saya ambil inisiatif buat test saringan di sebuah pusat perubatan di Damansara dan keesokannya selepas test, saya disahkan negatif virus itu.
“Syukur alhamdulillah setakat ini saya baik-baik saja. Tak ada sebarang gejala atau symptom terkena virus ini”
Drama berkenaan kini telah ditangguh penggambarannya dan jika semua pulih dan kembali kepada keadaan asal, produksi ini akan disambung semula kelak.
Sumber : newstel