Home Petua Tips Pendakwah S4man Siti Kasim RM2 Juta

Pendakwah S4man Siti Kasim RM2 Juta

232
0

Kuala Lumpur – Tindakan pendakwah Firdaus Wong Wai Hung meny4man Peguam, Siti K4ssim sebanyak RM2 juta berhubung satu kes fitn4h.

Saman tersebut bertujuan memberi pengajaran selain membuktikan ketegasannya mempertahankan hak sebagai individu.

Firdaus berkata, walaupun sering menggunakan “pendekatan lembut” namun, ia tidak bermaksud dirinya lemah dalam menangani sesuatu perkara.

“Kita berlemah lembut tetapi ada masanya kita perlu bertegas. Lembut pada tempatnya tetapi jangan sesekali nampak lemah.

“Tegas bila melampaui batas bukan bermakna tidak sabar kerana Baginda (Nabi Muh4mmad SAW) juga bertegas dalam situasi tertentu,” katanya di Instagram, hari ini.

Tindakan dibuat selepas menerima nasihat peguam apabila Siti didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitn4h kepada Firdaus menerusi akaun Facebooknya.

Pada Jun lalu, kedua-dua individu yang boleh dianggap sebagai pengguna media sosial yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat di alam siber, saling menjawab cabaran mengenai debat antara mereka berdua di laman Facebook masing-masing.

Cabaran debat itu dibuat oleh Siti Kasim melalui ruangan komen dalam hantaran yang ditulis oleh Firdaus Wong di Facebook beliau berkaitan berita yang diterbitkan oleh National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia (NEFC) mengenai misi pertubuhan itu terhadap masyarakat Orang Asli.

Sehubungan itu, Firdaus berkata, beliau tidak akan berdiam diri lagi selepas diser4ng orang individu terbabit dan sudah sampai masa untuk mengambil tindakan mahkamah.

“Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang. Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir.

“Kita perlu ser4ng dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua.

“Semoga ada kebaikan dari saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga. Allahuma Ameen,” ujar beliau.

Sumber : suaratv

Previous articleErra Mengaku Masih Jumpa Shahir Dan Rupanya Ini Yang Berlaku
Next articleBila Menteri Agama Beri ‘Lesen Penuh’ Sekali Pesuruhjaya ICJ Ambiaga Masuk Campur “Itu Diskriminasi Pd Transg3nder”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here