Home Petua Tips Kacak dalam masa setahun! Ibu terkejut video perubahan wajah anak raih 8...

Kacak dalam masa setahun! Ibu terkejut video perubahan wajah anak raih 8 juta tontonan… ramai minta tip, ini jawapan si ibu

108
0

“KECIL lagi tapi dah glow up.”

Begitulah kebanyakan komen yang ditulis pada video yang dimuat naik oleh ibu kepada Noah Eskandar yang baru berusia satu tahun ini.

Nur HasniZulaikha, 25, menceritakan semula mengenai perubahan drastik anaknya yang hanya berlaku dalam tempoh satu tahun sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Gambar anak saya pakai baju merah tu dia baru saja masuk umur sebulan. Gambar tu saya ambil sebab anak saya nak kena buat border pass.

“Saya terp4ksa buat pass tu sebab anak saya ni lahir di Kuching, Sarawak. Saya nak balik Semenanjung masa tu maka terhasillah gambar tu.

“Anak saya sebenarnya masa lahir tak gelap pun tapi beberapa minggu lepas beranak saya tengok kvlit dia berubah gelap pula. Saya rasa sebab dia kena jaundice,” jelasnya yang senang disapa Hasni.

Bercerita lanjut, Hasni dan pasangannya yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuching.

Noah pernah terkena peny4kit dem4m kuning setelah beberapa minggu dilahirkan.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, penyakit Noah telah berlanjutan hampir dua hingga ke tiga minggu selepas beberapa minggu dilahirkan.

Namun, kata Hasni yang kini sedang berp4ntang selepas melahirkan adik Noah mengakui wajah anaknya itu sentiasa berubah dalam masa sekejap sahaja.

“Noah ni anak pertama saya yang lahir pada 16 Februari 2021 jadi sekarang umur dia dah setahun sebulan. Adik dia pula baru sebulan, saya pun tak habis p4ntang lagi. Bila orang cakap muka anak saya berubah tu, saya pun tak tahu nak bagi reaksi apa,” jelasnya.

Video si comel ini telah meraih lebih 8 jumlah tontonan sehingga kini di TikTok.

Bercerita lanjut mengenai video yang telah meraih lebih tujuh juta jumlah tontonan dalam masa sehari ini, rata-rata netizen memuji perubahan wajah anak sulungnya yang sangat comel.

Malah, ada juga beberapa komen dalam kalangan mereka yang meminta tip kepada ibu Noah setelah melihat perubahan wajahnya dalam tempoh setahun ini.

Ibu bapa Noah merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuching.

Bagaimanapun, menurut Hasni, dia secara peribadi menganggap semua bayi melalui proses yang sama.

“Saya tak sangka pula nak jadi viral sampai macam tu sebab saja post suka-suka. Bila baca komen netizen rasa kelakar pula. Bagi saya semua baby sama comel masa lahir. Bila besar barulah berubah muka mereka semua.

Being tan (kulit sawo matang) is more than okay sebab kita Asian kan. Lets not normalize asal putih je cantik sebab saya sendiri pun tan.

“Ada juga yang komen minta tip tapi saya tak ada amalkan apa-apa pun cuma adalah ambil makanan tambahan masa mengandung sampai Noah lahir, menyusu pun macam biasa,” ujar Hasni.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleGadis Sabah Ini Buat Ramai Terkejvt, Sel4mba Teguk Budu Macam Minum Svsu C0klet
Next articleGuru jadi YouTuber selepas runsing fikir kehidupan selepas pencen, sanggup keliling Sarawak demi rakam content menarik!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here