Home Petua Tips “Kadang-Kadang Saya R4sa Neelofa Ni Jen1s Lap4r Perhatian, Sengaja Cari Mas4lah”

“Kadang-Kadang Saya R4sa Neelofa Ni Jen1s Lap4r Perhatian, Sengaja Cari Mas4lah”

83
0

Sejak semalam hangat diperkatakan netizen mengenai selebriti popular Neelofa dakwaan merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang menasihati usahawan itu supaya memperlahankan memuat naik aktiviti di media sosial.

BACA: Neelofa Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Suami

Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai BudakIjat meminta Neelofa berbuat demikian memandangkan dia dan suaminya, Harris Ismail kini menjadi perhatian ramai.

“Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati. Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain.

“Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet je pun.

“Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya rentas sana sini atas gelaran selebriti. Tolong jangan bangkitkan kemarahan orang ramai,” katanya.

Shahrulezad berkata dia merasakan usahawan terkenal itu mempunyai sikap ‘laparkan’ perhatian apabila sering kali mencetuskan kontroversi.

“Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa?

“Tu satu hal la. Cuma, kenapa memuat naik video di Instagram Story tu dan kemudian padam. Kau tak tahu ke netizen kita ni semua sejenis ikan jerung laparkan darah, yang pantang ko buat silap?

“Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk pada kau. Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kecam cerca macam ni? Lapar ek?,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrulezad berkata sudah tiba masanya dia memberi teguran dan nasihat kerana dengan imej Neelofa yang kini berniqab sepatutnya disayangi ramai dan bukan semakin dibenci.

Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous article[Video]‘Mak Reda..’ Satu Keluarga Posltif C0VlD-l9, Pesaklt Kr1tikal Meningga4l Dunia Slepas VC Ibu.
Next articleFazura, Fattah Amin Teruja Sambut Aidilfitri Pertama Bersama Fatima

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here