AMPANG: Seorang pelakon drama dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memikat isteri orang dan mengajak melakukan persetvbuhan.
Muhammad Shah Radhi Hazvee, 24, atau dikenali dengan nama pentas Shah Hazvee, memakai baju T berbelang kelabu hitam dan seluar khakis, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.
Mengikut tuduhan, pelakon drama ‘Monalisa’ dan ‘Hero’ itu didakwa memikat isteri orang berusia 36 tahun dan supaya wanita itu melakukan persetubvhan dengannya.
Muhammad Shah Radhi didkwa mengikut Seksyen 498 K4nun Keseks4an yang membawa hukum4n maksimum penj4ra dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kes4lahan.
Foto : MalaysiaGazette
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa menawarkan jaminan RM6,000 kepada tertuduh, bagaimanapun peguamnya Harcharanjit Singh memohon supaya anak guamnya dijikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM2000.
Beliau berkata, tujuan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah.
Katanya, anak guamnya adalah seorang artis dan tiada sebab untuk melarikan diri.
Farah Nasihah membenarkan Muhammad Shah Radhi diikat jamin dengan wang jaminan RM2300 dengan seorang penjamin.
Difahamkan bahawa pelakon itu dijamin oleh kakaknya.
Sumber : Bharian