Home Petua Tips “Kalau Dia Tengah Meng4muk, Saya Pun Tak Boleh…” – Zarina Zainuddin Kongsi...

“Kalau Dia Tengah Meng4muk, Saya Pun Tak Boleh…” – Zarina Zainuddin Kongsi Cara Tenteramkan Anak Aut1sme

93
0

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menggalas tanggungjawab untuk mengelolakan anak-anak istimewa yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.

Begitulah hal sebegini yang sering dilalui oleh pelakon Zarina Zainuddin yang sering berkongsi cara dia menguruskan dua anak sulungnya, Muhammad Razil Azrai atau Azil yang menghidap aut1sme.

Terbaharu, menerusi laman Instagram, Zarina berkongsi bagaimana dia menenteramkan keadaan Azil yang sedang dalam tantrum.

Menerusi perkongsiannya juga, Zarina turut berharap ia dapat membuka mata ibu bapa yang juga memiliki anak aut1sme agar lebih bersabar dan menjalani kehidupan seharian.

“Salam Zohor. Bila dengar azan… Azil terus berlari masuk ke bilik saya dan stop tantrum sekejap. “Kalau dia tengah meng4muk, saya pun tak boleh masuk dalam bilik dia.

Dia seperti nak lepaskan amarah dia tanpa ada orang tengok dia. “Saya harap dan doakan juga buat ibu bapa yang ada anak aut1sme ni agar lebih banyak bersabar kerana hanya ibu bapa yang mereka ada di dunia ini untuk mereka lepaskan nasib mereka, bicara hati mereka yang tanpa suara.


“Lihat mata anak kita jika kita marah sekalipun. Istighfar banyak-banyak. Ini ujian buat kamu wahai ibu bapa.

Allah nak bagi Syurga dan ia bukan percuma,” tulis Zarina dalam nada yang sayu. Melihat pada komen-komen pengikutnya, ramai yang meninggalkan respons positif dan memuji kesabaran Zarina dalam membesarkan anaknya.

“Masha-Allah kuatnya kak. Semoga Allah kurniakan syurga buat kakak dan ibu bapa yang menjaga anak aut1sme. Amin,” tulis pelakon Lufya.

Komen Netizen:

“Tantrum anak normal dan anak autism, lain cara handle. Saya doakan Kak Zarina kuat tabah menghadapi hari-hari. Insya-Allah syurga buatmu dan anak-anak,” tulis seorang pengikut pula.

Azil yang kini berusia 26 tahun memiliki seorang lagi kembar lelaki bernama Azal yang juga merupakan seorang penghidap aut1sme.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous articleSelama Ni Kita Tengok Dia Melawak Je.. Sekali Dia Serius, Semua Tergamam Dengar Joey Daud Menyanyi
Next article“Terima kasih semua…” Intan Ladyana Perkenalkan Puteri sulungnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here