Home Viral “Kalau nak reka kenapa kami rakam senyap senyap” sekali Caprice beri keterangan...

“Kalau nak reka kenapa kami rakam senyap senyap” sekali Caprice beri keterangan pada Polis

195
0

Kalau nak reka kenapa kami rakam senyap senyap” sekali Caprice beri keterangan pada Polis

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Caprice, 35, mengesahkan sudah memberi keterangan selama enam jam bagi membantu siasatan atas laporan dibuat pendakwah Ebit Lew mengenai fitnah melampau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, semalam.

Caprice berkata, dia mempunyai segala bukti kukuh berhubung pendedahan gangguan seksual yang dihadapi pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto termasuk meminta wanita itu menandatangani perjanjian sebelum dikongsikan di podcast kendaliannya itu, baru-baru ini.

Lihat video

“Semalam, saya, Mondy dan beberapa kakitangan hadir memberi keterangan di IPK Selangor yang memakan masa selama enam jam. Kami memberi keterangan bersandarkan pengisian podcast yang tular.

“Hari ini, ada kakitangan saya lagi yang sedang memberi keterangan. Seramai empat orang sudah dipanggil. Setakat ini, kami tunggu saja perkembangan lanjut.

“Selain membuat laporan polis dan menghantar Mondy menjalani ujian psikiatrik profesional, kami turut meminta Mondy menandatangani perjanjian yang mengesahkan semua dakwaan berhubung gangguan seksual itu benar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk ThorX, di sini, hari ini.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli berkata, tiada sebab pihaknya membayar Mondy untuk mereka tuduhan atau menjatuhkan mana-mana pihak.

“Kali ini, kami tidak memberi ruang untuk mana-mana pihak dengan mudah mengatakan kami menipu. Ketika kali pertama Mondy tiba di Malaysia, kami sudah rakam perbualan secara senyap kerana waktu itu sudah mula berkongsi serba sedikit apa yang dilalui.

“Kalau saya nak reka, takkan saya nak rakam senyap-senyap. Lebih baik saya suruh berlakon di hadapan kamera dan kalau fikir secara logik saya nak membayarnya, lebih baik saya cari mangsa yang masyarakat mudah percaya seperti wanita bertudung, alim, atau penghafaz al-Quran. Itu lagi mudah masyarakat percaya.

“Tetapi wanita yang saya bantu ini bertatu dan kasta rendah di Indonesia. Buat apa saya nak seksa diri, keluarga untuk bela orang dari kasta rendah,” katanya.

Kelmarin, Ebit tampil membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya.

Ebit menerusi hantaran di Instagram memaklumkan laporan polis dibuat sebaik tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira 12 tengah malam.

Laporan itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini. – HM Online

Previous article“Mungkin anak saya dalam tekanan” bapa Mondy menangis teresak esak mohon maaf pada Ustaz Ebit Lew
Next articleKakak Neelofa iaitu Noor Nabila sah akan brcerai dengan Engku Emran,tak sangka ini puncanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here