Home Petua Tips Saya Hanya Gurau Tanpa Ada Niat, Kalau Awk Tak Suka Apa Yang...

Saya Hanya Gurau Tanpa Ada Niat, Kalau Awk Tak Suka Apa Yang Saya Post Sila Unfollow – Michael Ang

183
0

Michael Ang Memang terkenal dengan lawak dan selalu berceloteh dalam halaman IG nya namun kali ini celoteh nya telah ditegur oleh sesetengah pihak.

” Tak semua benda blh buat gurau. U might find it funny to u, but not to others. If u have no followers, then ikut u nak post apa pun. But u got 1.2 mill followers, so that’s different.”

Demikian antara respon ditinggalkan seorang warganet susulan perkongsian pengarah terkenal Michael Ang di Instagram beliau.

Bagaimanapun Michael Ang menjelaskan dia sebenarnya sekadar bergurau dan tidak menyangka gurauan yang meminta semua ahli keluarganya untuk berjumpa di pasar malam sempena meraikan sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) telah disalah tafsir oleh netizen.

Michael atau lebih dikenali sebagai Mike menulis posting di Instagramnya bagi menjelaskan pandangan yang dimuat naiknya itu hanya respons terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan kerajaan berhubung sambutan CNY yang bakal disambut minggu depan.

” Chill la saya gembira pasar malam dah buka semula dan orang boleh berniaga.

” Saya hanya bergurau bila keluarga saya cakap kami semua tak boleh balik rumah mak (bagi meraikan CNY), jadi saya cadangkan kepada semua (ahli keluarga) pergi pasar malam untuk berjumpa.

” Saya rasakan benda itu kelakar dan pasal itulah saya post. Janganlah emosi sangat dan nak cakap pasal kaya dan miskin,” katanya.

Menurut pengarah drama Marry Me, Senorita ini, dia tidak mempunyai niat untuk memperkecilkan peniaga pasar malam menerusi muat naiknya itu.

” Ia hanya gurauan semata-mata tanpa niat nak memperkecilkan peniaga pasar malam.

” Tak suka apa yang saya post, sila unfollow. Kalau awak tak boleh terima gurauan itu, awak adalah seorang yang tok-sik dan tak boleh dibawa bergurau,” katanya lagi

Michael Ang hanya sekadar bergurau mengenai pertemuan dengan keluarga di pasar malam.

Netizen sebelum ini mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan Mike sebagai tidak sensitif dengan keadaan semasa yang sedang melanda negara berikutan penularan pndemik COVlD-19.

Kenyataan Mike itu juga didakwa netizen sebagai tidak menghormati situasi sesetengah masyarakat yang begitu terkesan daripada segi kewangan sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kembali dilaksanakan pada 13 Januari lalu.

Michael Ang menyarankan netizen yang tidak memahami gurauannya untuk unfollow Instagramnya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis mengumumkan sambutan CNY pada tahun ini hanya boleh diadakan dengan mengikut SOP yang lebih ketat.

Antara SOP tersebut ialah sambutan perayaan hanya dibenarkan di rumah kediaman bersama ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja.

Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk membenarkan kedai gunting rambut, kedai cuci kereta dan pasar malam beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Sumber: mstar

Previous articleTMJ Hadiahkan RM200 Ribu Utk Misi UEL.Tapi Ebit Lew Juga Beri Hadiah Ini Yg Tak Di Sangka Sangka
Next articlePasangan Pengantin Sedondon Dan 17 Pengiring lnggar Arahan PKP Ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here