Rupanya semua ini adalah keputusan dari Wawa sendiri.
“Idea ini datangnya daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad mengenai ganjaran di akhirat bagi individu yang mempunyai wang lebih, maka binalah masjid.
Pasangan selebriti yang bahagia dan popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akan mendirikan masjid di kampung halaman Aeril, 33, di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor tidak lama lagi.
Menurut Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari, pembinaan masjid berkapasiti 700 orang itu akan menggunakan duit keuntungan produk terbaharu, Muslim Bukhari yang dikeluarkan syarikat miliknya, Wawa Cosmetic.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung di Rengit dan pihak mereka bersetuju untuk membinanya dengan kos pembinaan sebanyak RM1.2 juta, yang mana kesemua duit itu dikumpul melalui hasil keuntungan  produk berkenaan,” katanya ditemui selepas pelancaran di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Aeril berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak berikutan perancangan bina masjid itu, sebaliknya mahu berkongsi kebaikan dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.
“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana pembinaan masjid yang dirancang, dan bukan hanya nama saya atau Wawa sahaja.
AERIL Zafrel dan Wawa Zainal.
“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik ia habis dijual.
“Jika produk ini mendapat sambutan dan habis dijual, maka dana yang diperlukan untuk membina masjid sudah lebih daripada cukup,” katanya.
Edisi kosmetik Muslim Bukhari ini mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 bagi satu set.
Sumber : hmetro