Home Petua Tips Jangan Pisahkan Kami.Sebak Bila Kakak 11 Tahun Kata ‘ Jangan Ambil Mrk...

Jangan Pisahkan Kami.Sebak Bila Kakak 11 Tahun Kata ‘ Jangan Ambil Mrk Sy Blh Jaga’

293
0

“Jujurnya, saya rindu ibu dan ayah, macam mana bruk sekali pun, mereka tetap orang tua kami, namun saya berharap mereka insaf dan tidak melakukan kesilapan lagi demi kami adik beradik,”
luahan adik Nurul Farisha yg menjaga adik adik yg masih kecil .

PASIR MASĀ  “Jangan ambil mereka, saya boleh jaga. Tolonglah jangan pisahkan kami,” pinta Nurul Farisha Mohd Ridzuan, 11.

Nurul Farisha menggalas tanggungjawab menjaga tiga adiknya berusia setahun sehingga enam tahun,

dibantu abangnya, Muhammad Faris Mohd Ridzuan, 12, selepas ibu bapa mereka dit.han p.lis akibat peny.lahgunaan d.dah.

Dia bagaikan ‘ibu’ buat adik bergantung harap terutama si bongsu, Muhammad Faiz Farhan, yang sentiasa berada di pangkuannya, malah banyak menghabiskan masa di rumah tidak seperti

kanak-kanak lain yang bebas bermain dengan rakan seusianya.

“Setiap pagi, rutin harian saya ialah bangun untuk mandikan adik dan memberi mereka makan atau minum. Biasanya, saya hanya memberi adik susu pekat manis dibancuh dengan air yang direbus di atas dapur kayu.

“Makan pula apa yang ada sahaja, biasanya saya akan menggoreng telur atau masak mi segera sahaja yang dibeli oleh datuk, Fauzil Semail, 63. Kadangkala, jiran tetangga datang ke rumah

membawa lauk-pauk untuk kami adik-beradik.

“Kami menumpang berteduh di rumah datuk yang juga menghidap pesakit asma kr.nik dan tidak boleh bekerja.

Sebelum ini, kami tinggal dan bersekolah di Negeri Sembilan, sebelum mengikut ibu dan ayah pulang ke Kelantan,” katanya ketika ditemui di Kampung Binjai Pulau, Kubang Terap, di sini, semalam.

Nurul Farisha berkata, dia hanya bersekolah sehingga Tahun Tiga sahaja, begitu juga dengan abangnya selain meluahkan keinginan untuk kembali bersekolah kerana sedar hanya ilmu yang boleh mengubah kehidupan mereka adik-beradik.

Bagaimanapun, katanya risau siapa yang akan menjaga adik-adiknya jika dia kembali bersekolah, terutama yang bongsu, dan paling ditakuti jika mereka dipisahkan antara satu sama lain.

“Ada sahaja yang datang menjenguk kami di sini dan meminta kebenaran saya untuk mengambil adik tetapi saya berkeras tidak beri kerana saya sayang mereka semua.

Cukuplah kami diuji dengan ‘hilang sementara’ ibu dan bapa, jangan ditambah dengan perpisahan antara kami.

Sementara itu, datuknya, Fauzil berkata, Nurul Farisha cucu yang sangat bertanggungjawab da tidak pernah meninggalkan adiknya terutama yang bongsu, malah sentiasa didukungnya ke mana sahaja dia pergi.

“Saya sendiri tidak berdaya membantu, kerana s.kit yang dialami, manakala isteri saya, Wan Asiah Wan Aziz, 65, lebih banyak keluar menjual minyak angin untuk menampung kehidupan kami. Jadi, memang Nurul Farisha sendiri yang banyak menjaga adik-adiknya.

“Dia anak yang sangat kuat dan kental, semua kerja dia lakukan sendirian termasuk menidurkan serta memandikan adik selain banyak mengorbankan masa kanak-kanaknya,” katanya.

Kisah kehidupan anak terbabit mendapat perhatian dan tular selepas diceritakan melalui laman sosial Facebook milik, Raja Anita Raja Mukhtar, yang turut menyampaikan sumbangan susu serta bantuan kewangan kepada lima beradik itu, semalam.

Sumber : bharian

Previous articleCarilah tempat lain untuk 430 anj1ng, kuc1ng jalanan Pak Mie Shelter.Usaha hubungi Ebit Lew Gagal
Next articleTvlar Kes Memvrtadkan. Ini Penjelasan Menteri Agama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here