Home Petua Tips Kant0i bermesej dengan awek ramping, 2 bulan kemudian isteri men1nggal! Suami remvk...

Kant0i bermesej dengan awek ramping, 2 bulan kemudian isteri men1nggal! Suami remvk hati periksa handphone, troli Shopee arw4h

124
0

NAK menyesal pun dah tak guna.

Mungkin itulah ayat yang tepat untuk menggambarkan apa yang dilalui seorang lelaki selepas isterinya men1ngg4l dunia dua bulan lalu.

Menerusi perkongsian Eddie Diena di Facebook, sahabatnya yang dikenali sebagai Zack kini hidup dalam keadaan serba-salah kerana pernah melvkakan hati 4rw4h isteri semasa hayatnya.

“Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat dekat 4rw4h sebelum ni.

“Dua bulan sebelum 4rw4h isteri aku men1ngg4l aku pernah terk4ntoi mesej dengan kawan satu tempat kerja aku. Masa tu bini aku m4rah sangat dekat aku.

“Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising-bising, aku pun teruslah cakap… Ya, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol,” imbas Zack kepada Eddie.

Cerita Zack lagi, isterinya banyak berdiam diri selepas kej4dian itu menyebabkan dia beranggapan wanita itu ter4sa hati dengan kata-kata yang dituturkannya.

isteri2

Zack hidup dalam keadaan serba-salah selepas kem4t1an isterinya. (Gambar Hiasan)

Namun kata Zack, wanita itu sempat memohon maaf kepadanya sebelum dia ditidurkan dan pergi buat selama-lamanya, baru-baru ini.

“Lepas dari aku cakap tu, aku tengok isteri aku banyak berdiam. Hari-hari aku balik kerja dia dah tak ceria macam dulu. Agaknya dia terasa sangat dengan apa yang aku cakap.

“Sampailah sehingga satu hari sebelum dia ditidurkan. Dia ada cakap dalam telefon… Abang, sayang nak minta maaf dengan abang dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Minta halalkan makan minum sayang selama jadi isteri.

Sayang minta maaf sebab tak dapat nak kurus macam perempuan yang abang inginkan, maafkan sayang ya. Tolong doakan supaya sayang mendapat reda dari suami sayang sebelum sayang pergi,” ujar wanita itu kepada suaminya.

Hari-hari aku balik kerja dia dah tak ceria macam dulu. Agaknya dia terasa sangat dengan apa yang aku cakap.

ZACK

Ujar Zack, dia juga sempat meminta maaf sebelum isterinya menghembvskan nafas terakhir.

Namun kata Zack, hatinya cukup remuk apabila dia memeriksa kandungan telefon 4rw4h sehingga sekali lagi menyes4l dengan pengh1inaan yang dibuat sebelum ini.

“Aku cuma sed1h sebenarnya. Aku baru je godek-godek handphone 4rw4h pagi tadi. Aku baru ada kekuatan untuk nak tengok apa yang ada dekat handphone dia.

“Kau nak tahu tak apa yang aku jumpa dekat handphone dia? Aku tengok apa yang dia search dekat YouTube dia. Cara-cara untuk kurus dalam tempoh sebulan, cara-cara untuk turunkan berat badan, cara-cara bakar lemak, cara buat air detox untuk kurus, cara-cara tahan lapar.

“Ini adalah apa yang dia search sepanjang tempoh dua bulan ni, dan aku tengok dekat troli Shopee dia. Penuh dengan produk untuk kurus yang dia nak beli tapi dia tak mampu beli sebab aku tak bagi dia duit yang cukup untuk beli semua tu,” imbas Zack lagi.

isteri3

Antara komen netizen di laman Facebook.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa seb4k selepas membaca kisah kem4t1an wanita itu.

Pada masa sama, ruangan komen turut dipenuhi dengan nasihat buat golongan suami agar sentiasa menjaga hati isteri mereka.

“Hargai dia ketika masih ada di depan mata. Kasihani dia. Bukan dia dah tak ada baru nak dik3$ali, meratap bagai.

“Allahuakbar. sed1hnya. Tergamak suami dia cakap macam tu kat isteri dia. Hargailah sementara masih ada.

“Berhati-hati dalam berkata-kata. Tanpa sedar dah lukakan seseorang dalam diam. Body shaming ni kena alert.

“Ayat-ayat yang membvnuh hati dan jiwa,” tulis beberapa pelayar Facebook.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: MSTAR

Previous article“Hello Pol1s..” – Siap Kena H0n Dengan Kereta, Aisar Kaled Sel4mba Buat ‘C0ntent’ Tengah Jalan
Next article“Kalau Saya Riyak, Saya Boleh Pergi Mana Saja… Tapi Saya Pilih Tanah Suci Bertemu Allah” – Ifa Raziah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here