PENDANG: Apabila tiba musim perayaan,bermain m3rcun sudah diibaratkan sebagai suatu tradisi bagi orang Melayu kita. Sedang mak ayah sibuk membuat persiapan hari raya, anak-anak pula akan bergembira dengan m3rcun mereka. Jika dilihat pada tahun ini, k3s kema1angan akibat m3rcun sangatlah kurang berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Lelaki ditahan polis kerana dipercayai menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api di dalam but kereta Perodua Kancil di Petronas Kampung Bukit Sekechong, di Pendang, hari ini.
Terdahulu suspek berusia 30 tahun yang berasal dari Mukim Rambai itu dikatakan memuat naik status di Facebook dengan mempromosikan jualan bunga api dan mercun sejak kelmarin.
Bagaimanapun perbuatannya itu mengundang padah apabila ia berjaya dikesan polis melalui Facebook berkenaan.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, suspek ditahan jam 5.30 petang tadi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui pelbagai jenis bunga api dan mercun dalam kenderaan miliknya itu.
“Antara mercun dan bunga api yang dirampas termasuklah Bunga api Happy Boom Sunset (7 kotak), bunga api 7 Happy Boom (8 kotak), mercun Pop-Pop (1 Kotak) dan bunga api Candela China (1 Peket).
“Tangkapan terhadap suspek yang juga peniaga itu dilakukan berikutan maklumat yang diperolehi dari Facebook miliknya yang mana dia menjual bunga api dan mercun secara atas talian,” katanya.
Arriz Sham berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Harian Metro