Home Petua Tips Kasih seorang ayah tiri, sayang macam anak kandung… air m4ta Syawal ibu...

Kasih seorang ayah tiri, sayang macam anak kandung… air m4ta Syawal ibu terima hadiah hari jadi lukisan wajah arw4h

101
0

KEDATANGAN Aidilfitri disambut dalam suasana berbeza buat sebuah keluarga selepas kehilangan ‘hero’ mereka ak1bat Cvdl9 pada Julai tahun lalu.

Menurut Airisha Hanis Muhammad Afandy Chua, 21, dia dibesarkan oleh bapa tiri, Allahyarham Hamzah Dolmat Azhari Zainal Abidin sejak kecil, sekali gus menyifatkan pemergiannya satu kehilangan besar.

“Mama dah berpisah dengan ayah kandung, jadi saya dibesarkan oleh ayah tiri sejak berusia empat tahun. Saya dah anggap arw4h macam ayah sendiri.

“Setiap kali raya, ayah (Allahyarham Hamzah) yang paling teruja. Tapi inilah tahun pertama berpuasa dan beraya tanpa insan tersayang dalam hidup saya dan keluarga.

“Ayah men1ngg4l dvnia ak1bat Cvdl9 di h0spital Ampang pada 10 Julai 2021, ketika umur 54 tahun. Ayah men1ngg4l dalam tidur. Masa tu kami sekeluarga turut dij4ngkiti Cvdl9,” ujarnya yang senang disapa Rish.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, bulan suci Ramadan turut sunyi selepas pemergian bapanya, ternyata cukup berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.

“Kami belum puas lagi nak buat semua benda dengan ayah. Walaupun hanya ayah tiri, ayah sayang kami macam anak kandungnya sendiri. Saya selalu kata yang saya tak dapat bayangkan puasa dan raya tanpa dia. Tapi kali ini, saya hadapi perasaan itu dengan rasa tak percaya.

“Saya reda sebab Allah sayangkan ayah. Tapi alangkah indah kalau dapat raikan puasa dan raya dengan ayah. Teringat sebelum ni, mesti ayah akan ajak sahur di restoran mamak atau Mc Donald’s. Itu yang kami selalu buat setiap kali bulan puasa.

rish3

Kenangan… keluarga bersama arw4h (kiri).

“Arw4h banyak buka mata saya bahawa kasih sayang seorang ayah tu boleh kita rasa walaupun bukan darah daging sendiri. Sampai bila-bila saya tak akan lupa jasa baik dan pengorbanannya,” ujar Rish yang menetap di Rawang, Selangor.

Dalam pada itu, kedatangan 1 Syawal turut meruntun emosi apabila ia disambut pada hari ulang tahun kelahiran ke-47 ibunya, Maidzatul Akmar Mahajal Abidin.

Pada hari tersebut, Rish turut menghadiahkan sekeping lukisan memaparkan swafoto ibunya bersama arw4h sebagai tanda kenang-kenangan untuk mereka sekeluarga.

Video kejutan hadiah penuh em0si itu dikongsi di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 100,000 tontonan.

“Lukisan itu ditempah masa nak dekat raya. Baru saja siap pada Ahad lalu. Kebetulan hari lahir mama jatuh pada hari raya pertama. Kali ini ayah tiada untuk raikan bersama.

“Biasanya kami sekeluarga tak akan terlepas sambut hari lahir. Kali ini, saya bagi hadiah lukisan untuk mama. Kalau orang tengok video pun boleh men4ngis, apatah lagi saya.

rish2

Foto kenangan mereka sekeluarga.

“Tapi dalam hati, saya tertanya adakah hadiah lukisan ini memadai untuk mama? Tapi saya rasa itu gambar terbaik. Mama pun terus simpan lukisan itu di biliknya.

“Saya terh4ru dengan komen netizen di TikTok yang mendoakan arw4h. Terima kasih atas doa semua. Semoga yang senasib dengan saya terus kuat walaupun tak boleh nak kuat. Yang mana ada insan tersayang, bahagiakanlah mereka,” ujar lepasan diploma perakaunan itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleZizie Izette Beraya Bersama Madu, Netizen Puji Rapat Macam Adik Beradik – ‘Kaum Adam Yang Teringin Janganlah Cembvru’
Next article“Kenalkan Putera Kedua Kami,” – Eyra & Haziq Kongsi Wajah Anak Lelaki, Muhammad Endra Haqimie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here