Kuala Lumpur: “Syamsul dengan Sarah bukan dah tak tinggal sebumbung, cuma Sarah datang duduk di rumah saya dan Syamsul pun datang ke rumah saya.”
Itu penjelasan ibu kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail mengenai situasi rumah tangga anaknya bersama menantu, yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana.
Menerusi temu bual dalam program Melodi hari ini, Fatimah turut menasihatkan individu yang mengg4nggu rumah tangga anaknya supaya bertavbat.
“Saya nak nasihatkan orang yang tak ingin melihat Syamsul dan isteri serta keluarganya bahagia itu, bertaub4tlah.
“Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan masjid? Itu d0sa bes4r. Janganlah ada iri hati. Kasihanilah anak-anak mereka,” katanya.
Fatimah berkata, individu itu sendiri tahu siapa diri mereka.
“Saya rasa, mereka tahu mereka itu siapa. Kadang terfikir juga, orang yang kita layan ini betul atau tak betul. Rasanya, buang masa mel4yan orang begini yang tak ada maru4h diri,” katanya.
Fatimah juga meminta orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan keluarga anak dan menantunya itu.
“Orang yang mendoakan kebahagiaan mereka, teruskan berdoa. Kepada yang berniat tak baik kepada keluarga Syamsul dan Sarah, saya harap orang ini akan menerima balasannya,” katanya.
Sarah yang turut berada dalam sesi temu bual sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.
“Kami dalam fasa berbaik seperti mana yang dilihat di Instagram kami. Syamsul kerap datang ke rumah untuk melihat saya dan anak-anak.
“Syukur, alhamdulillah. Ini semua adalah atas do4 keluarga dan netizen yang sentiasa mendoakan agar kami berbaik semula,” katanya.
Sarah juga tidak menafikan bahawa perpisahan sementara dengan suaminya itu adalah waktu terbaik untuk mereka bermuh4sabah diri.
“Anak-anak masih kecil, jadi kami tak nak terburu-buru membuat keputusan yang boleh merosakkan semua. Bagus juga dengan perpisahan sementara ini dan bukan perpisahan selama-lamanya.
“Sementara itu, kita boleh berfikir dan bermuhasabah diri. Kami sepakat untuk kembali bersama kerana anak-anak.
“Tipulah kalau dah tak ada cinta kerana perasaan itu masih ada,” katanya.
Terbaharu, Sarah bakal muncul menerusi drama bersiri Sabarlah Duhai Hati yang akan mengisi slot Akasia sepanjang Ramadan ini.
Sumber:hm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :https://www.dnq.pw/