Home Petua Tips “Handsome Mcm Mana Pun Nanti Diorang Kata Baju Papa Macam Air Horlick”...

“Handsome Mcm Mana Pun Nanti Diorang Kata Baju Papa Macam Air Horlick” – Ismail Sabri Yaakob Reda Baju ‘Dimenukan’ Netizen

538
0

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah bersedia apabila penampilannya setiap kali sidang media perkembangan terkini COVID-19 ‘dimenukan’ oleh wargamaya.

Menerusi laman sosial Instagram, menantunya yang juga pereka terkenal Jovian Mandagie memuat naik sekeping foto Ismail Sabri berbaju melayu krim yang dipakai ketika sidang media semalam.

Sering menggayakan rekaan baju daripada butik Jovian sendiri, pereka tersebut menegur penampilan bapa mertuanya yang kelihatan segak namun Ismail Sabri membalas pujian tersebut dengan nada jenaka.

“Huh, handsome macam mana pun nanti diorang katanya baju papa macam air horlick karang,” tulis pereka itu.

Melihat jawapan balas Ismail Sabtu tersebut, rata-rata wargamaya terhibur dengan kerelaan menteri tersebut untuk disamakan dengan makanan.

“Belum netizen bayangkan, datuk dah cakap,” usik seorang wargamaya.

“Susu kurma harini tuan. Ke puding caramel?” komen seorang wargamaya.

“Aduh datuk, gabak mulut saya ni ketawa. Untung tak bersalin awal je saya ni,” kata seorang wargamaya.

“Ni kalau tak air horlick, soya pun boleh datuk!” tulis seorang wargamaya.

“Datuk dah redha. Tapi serius cantik warna ni. Nampak segak!” puji seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, penampilan segak Ismail Sabri menggayakan baju batik sering disamakan seperti kek, agar-agar dan pelbagai hidangan pencuci mulut enak.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 35,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Sumber : gempak

Previous articleTul4r Wanita Meng4ndung Bawa Covid ke Kelantan Akhinya Sepupunya Muncul Cerita Hal Sebenar
Next article[VIDEO] Highway PLUS Tanjung Malim Arah Utara Sesak Tervk, Netizen Suarakan “Kem4rahan”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here