Home Petua Tips Kata2 Padu Siti Sarah Slps Ada Seorang Penyanyi TU Perlekehkan Nyanyian Nabila...

Kata2 Padu Siti Sarah Slps Ada Seorang Penyanyi TU Perlekehkan Nyanyian Nabila Razali Malam Tadi

196
0

” Adab sebagai penyanyi kena sentiasa ingat, jangan perI.ekeh persembahan orang lain.”

Itu nasihat penyanyi Siti Sarah dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya apabila menegur sikap segelintir penyanyi tanah air tentang pentingnya menjaga adab sesama sendiri.

Menurut pelantun lagu Kesetiaan itu, sebagai masyarakat Malaysia yang kaya dengan budi bahasa dan sopan santun, seseorang itu perlu tahu menjaga adab supaya tidak merendah-rendahkan orang lain.

” Penyanyi pun ada adab tersendiri. Saya belajar daripada setiap persembahan yang pernah dilakukan dan tonton selama ini.

” Setiap persembahan adalah ruang untuk jadi yang lebih baik dan terbaik. Setaip benda ada baik buruknya dan kena ingat semua yang berlaku atas izin Allah SWT,” ujar isteri kepada pelawak Shuib itu.

Ujarnya lagi, sebagai penyanyi, seseorang artis itu perlu sentiasa ingat dan jangan sesekali memperl.ekehkan persembahan orang lain dengan menghormati perkara yang dilihat.

” Apa yang baik kita ambil untuk diri sendiri. Sesuatu yang buruk itu pula kita jadikan pengajaran dan jangan pula kita kutu.k.

” Kadang-kadang t.akut sebab boleh jadi pada diri kita semula (dikutu.k),” kata Sarah.

Dalam pada itu, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raissuddin, 37, juga memberi nasihat kepada penyanyi lain supaya tidak mendabik dada dengan kejayaan yang diperoleh dan sebaiknya berdoa dengan perkara yang baik-baik.

” Saya pun pernah kena ke.cam dan percayalah, benda itu (dikeca.m) tidak seronok sebenarnya. Berbuat baiklah sesama kita, saling membantu untuk memajukan diri sendiri,” jelasnya.

Menerusi hantaran sama, Sarah turut meninggalkan pesanan dan kata-kata semangat untuk penyanyi Nabila Razali tentang persembahannya pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) malam tadi apabila vokalnya ‘tergelincir’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua.

” Persembahan Nabila malam tadi saya nampak dia telah berusaha untuk bagi sehabis baik dan pergi kelas vokal.

” Tidak mengapa Nabila. Teruskan belajar dan jangan putus asa,” ucapnya.

Pada tahun lalu, Sarah mendapat kritikan ramai ketika menyanyikan lagu Semakin ketika AJL34 apabila dia dikatakan ‘menjerit’ sehingga gagal membawakan lagu tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, Sarah dalam satu kenyataannya kepada media memaklumkan bahawa kesihatannya pada malam tersebut tidak mengizinkan kerana mengalamai masalah tekak perit akibat terlebih melakukan latihan.

Malam tadi, cerita berkenaan penyanyi Nabila Razali yang terkuciI sewaktu menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas AJL35 hangat diperkatakan ramai.

Lebih pnas, seorang penyanyi lelaki memuatnaik status seakan mengkr1tik Nabila dengan mengatakan dia sudah membazirkan peluang diberikan.

Dalam pada itu, Nabila tampil membuat permohonan maaf di IG beliau kepada pencipta lagu tersebut, Hael Husaini.

Namun dalam reaksi balas, Hael tetap memuji Nabila dengan menganggap beliau sebagai inspirasi.

” Awak adalah contoh inspirasi pada saya. hardwork and always do your best. im so proud of you!! Thank you for signing Peluang Kedua,” tulis Hael.

Sumber:k0smo

Previous articleCerita Sebenar Lelaki Bw Dua Ank Brjalan Kaki 1OOkm Cari Kerja Slepas lsteri L4ri Ikut Jntan Lain
Next articleYou Kena Buat Repot Polis Dulu.”Apa Polis”, Tvlar Wanita M4buk L4nggar Dua Motosikal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here