Kelmarin, terpampar beberapa gambar program yang dimuat naik di laman Facebook timbalan menteri kesihatan 1 Datuk Dato Noor Azmi Ghazali yang tular di media sosial dan mengundang kritlkan warganet kerana didkwa melanggar PKP.
Gambar yang turut dinaikkan adalah jamuan makan bersama Pesuruhjaya PAS Perak merangkap exco kerajaan negeri Perak, Haji Razman Zakaria.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato Noor Azmi Ghazali ini akhirnya memohon maaf atas kehadirannya di sebuah program di maahad tahfiz di Lenggong, Perak, yang didkwa melnggar perintah kawalan pergerakan (PKP).
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman facebooknya, Noor Azmi berkata beliau telah memberi keterangan di ibu pejabat polis (IPD) Putrajaya hari ini, dan sedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan polis.
Sehubungan itu Datuk Dr Noor Azmi Ghazali ini memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya petang Isnin berhubung lawatannya pada Jumaat lepas ke Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong, Perak itu.
Dalam satu kenyataan media di Putrajaya pula, ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan.
Melalui kenyataan itu, Dr Noor Azmi juga memohon maaf kepada rakyat Malaysia behubung insiden itu yang didakwa telah melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung kehadiran di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong, Perak pada Jumaat lepas, selepas lawatan rasmi ke Klinik Kesihatan Lenggong.
Kata kata kemaafan beliau,
“Saya juga amat menghargai pengorbanan besar yang dilakukan oleh barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, warga petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat dalam usaha memerangi wabak Covid-19 ini. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda semua,” katanya.
Antara komen dari Netizen,
Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.