Home Viral “Kau sepatutnya jauhkan diri dari bekas mertua”netizen perli Puteri Sarah buat ramai...

“Kau sepatutnya jauhkan diri dari bekas mertua”netizen perli Puteri Sarah buat ramai tersedu

177
0

“Kau sepatutnya jauhkan diri dari bekas mertua”netizen perli Puteri Sarah buat ramai tersedu

Hubungan rapat dan mesra antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan bapa mentuannya iaitu Datuk Yusof Haslam mengundang rasa kurang senang seorang netizen di laman sosial.
Puteri Sarah yang sedang membuat siaran langsung di TikTok baru-baru ini menerima komen daripada individu yang meminta aktres itu untuk menjauhkan diri daripada bapa mentuannya.

Ini kerana individu tersebut berasa simpati terhadap isteri baharu pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira kazar.

“Ha ‘kau sepatutnya jauhkan diri dengan bekas bapa mentua, kesian dekat pihak sebelah’. Haha ado  buang sikit busuk hati itu dik,” kata Puteri Sarah sambil ketawa.

Rata-rata netizen terhibur dengan jawapan balas daripada Puteri Sarah dan menganggap tiada salah aktres itu masih mempunyai hubungan baik dengan mentuanya.

Puteri Sarah Bersama bekas mertua Dato Yusof Haslam dan Datin Fatimah

Dato Yusof Haslam bersama cucunya Syaikhul Islam

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga menjawab salah satu soalan daripada netizen dengan mengatakan dia sentiasa akan masak untuk anak-anak.
“Kalau ada anak, memang hari-hari kena masak. Takkan nak bagi anak lapar,” ujarnya.

Pada Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber : gempak

Previous article“Jangan macam ni” sekali Erra Fazira buat kenyataan perceraian Engku Emran
Next article“Lupakanlah, dia dah di alam lain” sekali netizen komen bila Shuib kata jika ada arwh mesti dia masuk GV10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here