Home Petua Tips Betul ke Malaysia – “H0tspot” Cor0navirus Dunia?

Betul ke Malaysia – “H0tspot” Cor0navirus Dunia?

16795
0

Dengan berlakunya penyebar4n wab4k Cov1d-19, kini sudah lengkap 3 wab4k melibatkan v1rus corona (coron4virus) berlaku dalam awal abad ke 21.

Dua lagi adalah wab4k SARS yang berlaku pada tahun 2003, menj4ngkiti 8,098 orang dengan 774 kem4tian. Hampir sepuluh tahun berikutnya, wab4k sindrom akut pernaf4san Timur Tengah atau MERS dengan 1,782 kes keseluruhan mengakib4tkan 640 kem4tian.

Bagaimana pula dengan Covid-19 yang nampaknya telahpun memec4hkan rekod-rekod yang ada sebelum ini?

SARS dan MERS telah menunjukkan kepada kita peranan kelawar sebagai ejen penyebaran wabak, dengan kajian setakat ini turut sama menyifatkan kelawar turut memainkan peranan menjadi punca wabak C0vid-19.

Ini menandakan wujud hubungan besar kelawar dalam penyebaran v1rus c0rona, penyebab kesemua wabak yang disenaraikan sangat penting untuk difahami manusia.

Malangnya setakat ini, kita dianggarkan hanya memahami 6% daripada keseluruhan virus corona yang menjadikan kelawar sebagai perumahnya; sedangkan kelawar jelas aktif menjadi ejen penyebaran virus corona.

Jika belum masuk tiga dekad kita perlu berdepan 3 wabak besar – bagaimana pula dekad-dekad seterusnya?

Kajian untuk memahami hubungan kelawar dan coronavirus

Keluarga kelawar

Pada tahun 2009, sebuah kajian yang dinamakan PREDICT yang digerakkan oleh USAID Emerging Pandemic Threats (EPT) telah bekerjasama dengan badan-badan daripada 20 negara meliputi benua Amerika Selatan, Afrika dan juga Asia.

PREDICT dijalankan bagi memahami taburan diversiti virus corona yang berbahaya serta spesis yang menjadi pembawanya. Negara kita turut sama terpilih berdasarkan kepada kepelbagaian spesis kelawar yang kita ada, memungkinkan wujudnya diversiti pembawaan virus dalam bentuk yang besar.

Selain kelawar, tikus, haiwan bersifat ‘primate’ seperti chimpanzee dan manusia turut sama dijadikan sampel dalam kajian. Pasukan penyelidik berjaya mendapatkan sampel air liur, air kencing, najis dan tisu daripada 12,333 ekor kelawar, 3,387 tikus, 3,470 haiwan ‘primate’ dan 1,124 individu yang bersetuju menyertai kajian ini.

Kumpulan kelawar yang ditangkap pula datang dari 282 spesis dan 12 keluarga kelawar berbeza. Daripada kesemua 19,192 sampel kajian, 98% sampel yang menunjukkan positif virus corona adalah haiwan tersebut.

Penemuan penyebaran virus berbahaya di kalangan kelawar

 

Spesies kelawar

Antara penemuan yang mengejutkan ditemui penyelidik berkaitan diversiti virus di kalangan kelawar, adalah bagaimana beberapa kelas virus yang sebelum ini ditemui hanya pada haiwan tikus telah ditemui pada kelawar di Bangladesh, Indonesia dan juga seorang individu di China.

Beberapa sampel yang diuji juga menunjukkan masih berlaku penyebaran virus penyebab sakit SARS dan MERS di kalangan kelawar di beberapa lokasi kajian.

Apa yang lebih mengejutkan – penyelidik juga menemui strain virus yang dilabelkan sebagai HCoV-229E, jenis virus corona terawal dikenalpasti dalam kajian sains – mampu menjangkiti manusia sehingga menyebabkan penyakit selesema.

Kumpulan virus ini yang ditemui kali pertama pada pertengahan dekad 1960-an, bagaimanapun mampu menyebabkan jangkitan pada sistem pernafasan yang tidak berbahaya tetapi menjadi petunjuk awal penyelidik terhadap virus corona.

Penemuan strain virus terawal ini melibatkan dua spesis kelawar yang ditemui di China, Uganda, Cameroon dan Gabon; menyokong pendapat bahawa jangkitan selesema pada manusia – majoritinya berpunca disebabkan oleh virus yang dibawa oleh haiwan.

Turut ditemui pada beberapa spesis kelawar adalah virus penyebab wbak penyebab penyakit br0nkitis (IBV) dan virus jangkitan cirit-birit pada khinzir (PEDV).

Memahami jangkitan virus pada kelawar

 

Perpindahan c0ronavirus dari kelawar kepada manusia

Hasil dapatan kajian PREDICT menunjukkan satu pola penting – semakin tinggi populasi kelawar di sesuatu kawasan, akan lebih tinggi kadar diversiti atau kepelbagaian virus corona yang wujud di kawasan itu.

Kajian juga mendapati wujud perbezaan antara kumpulan-kumpulan kelawar yang ada di Afrika dan Asia berbanding dengan kelawar di kumpulan Amerika Selatan, dalam kaedah penyebaran virus.

Virus yang ditemui di Amerika Selatan majoritinya merebak secara dominan dalam bentuk penyebaran sesama spesis, yakni dalam kalangan spesis kelawar yang serupa. Manakala di Afrika dan Asia pula, penyebaran berlaku secara lebih rawak – apabila jangkitan ditemui mampu berpindah dari satu spesis kelawar ke satu spesis kelawar yang lain dengan lebih kerap.

Daripada 12,333 ekor kelawar yang diuji, hanya 197 ekor didapati bersih daripada jangkitan virus c0rona. Tinggi bukan peratusan kelawar pembawa virus?

Berdasarkan semua maklumat yang diperolehi, dianggarkan secara purata untuk setiap satu spesis kelawar akan menjadi perumah kepada sekurang-kurangnya 2.67 jenis virus corona.

Dengan menggunakan anggaran kadar berkala konsisten, turut dianggarkan di kalangan spesis kelawar saja secara purata wujud 3,204 jenis virus corona berbeza, dengan anggaran kasar di antara 1,200 ke 6,000 jenis keseluruhannya.

Majoritinya setakat ini belum lagi kita rekodkan atau temui. Kerana itulah kami nyatakan dari awal, hanya 6% virus corona berjaya kita terokai setakat ini.

Negara mana mempunyai taburan diversiti virus corona tertinggi?

 

Dalam mengenalpasti lokasi di mana kelawar-kelawar yang membawa virus tinggal, penyelidik membahagikan semua spesis kelawar yang ada kepada empat kumpulan.

Kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada perbezaan keluarga kelawar yang dijadikan kajian; kelawar dari keluarga rhinolpus dan hipposideros, kelawar dari keluarga verspertilinoid, kelawar dari keluarga pteropid dan yang terakhir purata populasi kesemua keluarga kelawar secara sama rata.

Di manakah agaknya boleh ditemui kelawar pembawa virus dalam kuantiti yang tinggi?

Jangan terkejut pula kalau kami nyatakan negara kita serta negara yang berjiran dengan kita merupakan antara ‘kawasan panas’ dalam penyebaran virus corona.

Negara kita, Indonesia, China, Vietnam, Thailand dan beberapa negara lain, merupakan kawasan utama di mana pelbagai spesis kelawar boleh ditemui dalam jumlah yang besar – menyebabkan berlakunya kadar diversiti virus corona yang sangat tinggi terbentuk; kerana kedua-duanya saling berkait.

Keadaan iklim serta suasana yang sesuai untuk hidupan kelawar tinggal, menjadi faktor utama situasi ini berlaku.
Hasil kajian ini menamakan kawasan Asia Tenggara sebagai kawasan paling sesuai untuk dijadikan lokasi permulaan, bagi membolehkan kita mengenalpasti kesemua jenis virus corona yang ada.

Walaupun jumlahnya dikatakan agak besar, dengan pelan kajian jangka panjang yang rapi – tidak mustahil untuk manusia mampu mempelajari setiap risiko yang dibawa oleh semua spesis kelawar dan setiap satu jenis virus corona.

Cara penyebaran virus yang didapati mampu berpindah daripada satu spesis kelawar ke spesis yang lain juga meningkatkan risiko akan berlakunya wabak, ditakuti bermula daripada negara-negara yang dikenalpasti sebagai kawasan paling berisiko tinggi.

Jadi kita yang duduk dalam kawasan utama virus corona, haruslah lebih berhati-hati menerokai alam sekitar yang kita miliki.

Sumber: iluminasi

Artikel ini merupakan ringkasan kepada jurnal berjudul ‘Global patterns in coronavirus diversity’ yang diterbitkan pada 1 Januari 2017 oleh Oxford Academic.

Previous articleBiar Dia Rasa Malu Nak Keluar – Bapak P0tong Rambut Anak B0tak Tengah Sebab Deg1l Selalu Keluar Rumah Waktu C0v19
Next articlePembayaran Untuk Bantuan BPN Akan Bermula Hari Isnin Ini, 6 April 2020 secara BERPERINGKAT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here