Home Viral ‘Kecoh Inspektor Sheila didakwa lagi’ sekali curi perhatian netizen

‘Kecoh Inspektor Sheila didakwa lagi’ sekali curi perhatian netizen

155
0

‘Kecoh Inspektor Sheila didakwa lagi’ sekali curi perhatian netizen

Kuala Lumpur Inspektor Sheila yang tular di media sosial didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas satu pertuduhan mendatangkan kegusaran awam di pusat beli-belah dengan menjerit dan membunyikan hon kereta, lima bulan lalu.

Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi, membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran am terhadap seorang wanita berusia 29 tahun.

Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta pusat beli-belah di Brickfields di sini, 5.26 petang, 16 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM400, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Zuhairi Osman mencadangkan OKS diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam, M Manoharan yang mewakili Sheila, merayu supaya anak guamnya dilepaskan dengan bon tanpa ikat jamin dan akan membuat aku janji untuk hadir ke mahkamah pada setiap tarikh prosiding kes yang ditetapkan.

Inspektor Sheila bersama peguamnya M Manoharan

“Pertuduhan terhadap Sheila adalah tidak berasas dan sangat memalukan, sedangkan dia sudah berkhidmat sebagai pegawai polis selama sembilan tahun malah dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Illi Marisqa membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Disember depan untuk serahan dokumen.

Untuk rekod, Sheila mempunyai tiga pertuduhan kes jenayah di Mahkamah Majistret Selayang, yang mana perbicaraan kes itu ditetapkan bermula 5 hingga 7 Februari tahun depan.

Pada 26 Jun lalu, Sheila didakwa mengugut seorang wanita berusia 69 tahun dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki berusia 41 tahun dan menyebut pangkat dengan cara tidak wajar dengan maksud mengaibkan kehormatan.

Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber : hmetro

Previous article“Dah agak dah kerja dia” Akaun Mastura menggangu Puteri Sarah rupanya dah terbongkar
Next article‘Saya nak bersihkan’bila ramai tak puas hati Aliff Aziz asyik terselamat, ini respon Aliff Aziz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here