Home Petua Tips Esok 1 April Bermulalah PKP Fasa Kedua ‘Dengar Baik Baik’ Hanya Seorang...

Esok 1 April Bermulalah PKP Fasa Kedua ‘Dengar Baik Baik’ Hanya Seorang Dalam Satu Kenderaan,Sekatan Jalan Raya,Plaza Tol Lebih Banyak

100483
0

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua bermula 1 April sehingga 14 April ini akan diperketatkan.

Ia termasuklah dari segi sekatan jalan raya, ketetapan bagi kenderaan persendirian dan pengecualian sekatan riadah untuk golongan autisme dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja, iaitu pemandu kecuali waktu kecem4san.

“Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian.

“Kelonggaran akan diberi kepada golongan autisme, OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar, dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan,” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara PKP Fasa Kedua yang dikatakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri ialah,

1) Semua Pasaraya atau Hypermarket untuk barang barang harian rumah beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam

2) Restoran atau gerai gerai makan dan kena bungkus makanan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam

3) Stesen Minyak 8 pagi hingga 8 malam

4) Pihak Kerajaan lebih Galakkan pembelian atas talian dan jangan bersemuka dengan penghantar itu,bila sampai letak barangan diluar dulu beberapa minit.

5) Untuk Semua Pengangkutan Awam Operasi Dari 6 pagi hingga 10 malam dan 5 petang hingga 10 malam ( yang kerja shift)

6) Perkhidmatan Teksi 6 pagi hingga 10 malam berterusan

7) Untuk kereta persendirian jika keluar dalam urusan harian satu kereta satu orang sahaja dibenarkan

8) Segala aktiviti riadah dan sosial diluar tidak dibenarkan samada seorang atau berkumpulan

Anggota PDRM dan Tentera terlibat PKP Fasa Kedua

Tambahnya, sekatan di 23 plaza tol sebelum ini akan ditingkatkan kepada 65 dan ditambah kepada 114 plaza tol di seluruh negara pada 1 April nanti.

Ia bagi mengurangkan pergerakan keluar orang ramai memandangkan pada Ahad sahaja, seramai 828 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ingkar arahan PKP.

“PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah mengadakan sebanyak 1520 Sekatan Jalan Raya dan melakukan pemeriksaan lebih 257,287 kenderaan.

“Sekatan Jalan Raya di plaza tol di seluruh negara, ditambah dari 23 kepada 65 dan akan ditingkatkan kepada 114 plaza tol.

“Jumlah keseluruhan anggota yang bertugas dalam pelaksanaan PKP adalah seramai 67,774,” ujarnya lagi.

Tambah Ismail, kerajaan juga mempunyai lebih ramai anggota simpanan melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) jika khidmat mereka diperlukan pada fasa kedua kelak.

 

 

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : Mstar

Previous articleTervk Kena Kec4m Selepas Bersuara lsu Bantuan Khusus, Shuib Dan T0mok Akhirnya Mohon Maaf
Next articleHil4ng di KL, jumpa di Kemaman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here