Home Petua Tips Kem4tian COVID-19 di AS melepasi 100,000 mangsa

Kem4tian COVID-19 di AS melepasi 100,000 mangsa

273
0

WASHINGTON: Kem4tian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 100,000 orang dan pandemik itu kini semakin memuncak di Amerika Latin.

Angka benc4na itu adalah amaran terhadap betapa bvruknya wbak yang melanda seluruh Amerika ketika ini.

Menurut statistik Johns Hopkins University, jumlah kem4tian di AS setakat ini ialah sebanyak 102,094 kes dengan lebih 1.74 juta orang disahkan positif COVID-19.

Amerika Selatan, khususnya negara terbesar Brazil, turut menimbulkan kebimbangan apabila mencatatkan 411,821kes jangkitan termasuk 25,598 kem4tian.

Ketika kebanyakan negara Barat sudah mula melonggarkan sekatan dan rakyat dibenarkan memulakan rutin harian seperti biasa, virus itu terus mengg4nas di Amerika Latin dengan jangkitan harian mengatasi Eropah dan AS.

Pengarah Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO), Carissa Etienne, berkat pihaknya amat prihatin bahawa jumlah kes baru yang dilaporkan minggu lalu di Brazil adalah yang tertinggi untuk tempoh tujuh hari sejak wabak itu bermula,

“Peru dan Chile juga melaporkan kes yang tinggi, menunjukkan jangkitan COVID-19 terus melonjak di kedua-dua negara ini,” katanya.

Sementara itu, di Sepanyol hari ini, upacara berkabung selama 10 hari bermula bagi memperingati lebih 27,000 mangsa korban COVID-19 di negara itu, dengan bendera di semua bangunan awam dikibarkan separuh tiang.

Dalam perkembangan lain, AS kekal sebagai negara yang paling teruk terjejas dengan Presidennya, Donald Trump, terus menerima kritikan hebat berikutan cara beliau mengendalikan krisis itu.

Sumber : bharian

Previous article“Kak KM Bila Lagi Mahu Kembali Ke Pangkal Jalan? – PU Syed Tegur Anak Normah Damanhuri Gara-Gara…
Next articleBerita Gembira Tapi Per4ng Lawan Covid-19 Belum Berakhir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here