Home Petua Tips Nabil Ahmad ‘Sindir’ Azwan Ali Kembali Mengacara?Sekali Azwan Ali Datang Komen

Nabil Ahmad ‘Sindir’ Azwan Ali Kembali Mengacara?Sekali Azwan Ali Datang Komen

274
0

Memilih untuk memaafkan, Azwan Ali nampaknya berlembut hati walaupun pengacara dan pelakon Nabil Ahmad didkwa menyindir dirinya dalam sebuah program realiti yang bersiaran secara langsung kelmarin.

Mengulas pendekatan diambil, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu berkata, dia sebenarnya bersikap demikian kerana rindu untuk kembali aktif di pentas pengacaraan seperti dulu.

Justeru, bagi Azwan, adalah lebih baik untuknya tidak menyimpan sebarang dendm mahupun perasaan mrah terhadap Nabil walaupun lima tahun sebelum ini pengacara itu pernah membuatnya benar-benar berkecil hati kerana tidak ditegur di lapangan terbang.

“Saya dah tak rasa apa pun, walaupun dia tak sebut nama, tapi netizen tahu dia sindir Azwan Ali. Pun begitu, saya tak berdendam atau marah terhadap Nabil.

“Bagi saya ni lumrah, kata mengata sesama sendiri. Sekiranya betul siapa yang dimaksudkannya tu adalah Azwan Ali, saya maafkan dia.

“Mungkin juga saya memaafkan kerana rindu bidang pengacaraan dan yang netizen tengok sekarang adalah Azwan Ali 2020,” katanya kepada Malaysiakini.

Kata pemilik nama penuh Mohamed Azwan Ali, 54, itu dia enggan bersikap seperti sebelum ini apabila berdepan sesuatu isu kerana ia hanya merugikan diri sendiri.

“Dulu ya, sebab Nabil tak tegur saya artis lama lepas balik umrah di lapangan terbang, saya sampai tularkan perkara tu. Tapi dia dah minta maaf.

“Namun, saya dah tak nak bertegang urat dengan sesiapa. Industri ni kecil, saya kehilangan ramai rakan-rakan artis disebabkan sikap begitu,” katanya.

Nabil mengundang perasaan mrah netizen apabila dia memerli seseorang sudah lama tidak memegang mikrofon disebabkan terlalu lama asyik memegang selfie-stick atau monopod.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, Nabil, 37, didakwa menyindir Azwan apabila menyebut perkataan selfie-stick dan beberapa ungkapan yang sinonim dengan personaliti pengacara berkenaan.


Untuk rekod, Azwan dipanggil untuk memenuhi undangan sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita Musim Kedua (LCKM2) bersama pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein selepas kali terakhir dia mengacarakan Juara Lagu pada 1995 di stesen televisyen itu.

Dia juga mengundang perhatian pengguna Internet selepas muncul dengan penampilan yang lebih kemas dan dikatakan lebih gagah.

Namun, selepas dua minggu tersohor kini di media sosial, pengacara itu memaklumkan bahawa semalam adalah episod terakhir dia mengendalikan program berkenaan.

Mengulas lanjut, Azwan menegaskan, dia ingin kembali aktif mengacara bukan disebabkan bayaran yang lumayan meskipun tidak menafikan bahawa gajinya yang diterima melalui stesen berkenaan lebih ‘lebat’ berbanding sebelum ini.

“Bukan disebabkan duit, tu kena jelas. Saya muncul kembali dan nak aktif dalam industri sebab ingin mengubati rindu peminat,” katanya.

Sumber : Malysiakini

Previous article“Berebut Pulak Nak Tiup Lilin,” Alyah Sambut Hari Jadi Suami Secara Sederhana, Tok Ram Kongsi Momen Di Instagram
Next article“Yang Kau Hin4 Tu Dah Tahap Macam Ibu Kau” Luahan Aishah Rupanya Ada Sebab

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here