Mufti Perlis ada berbicara tentang keihlasan seseorang untuk bersedekah da nada juga bertanya tentang Ebit lew yang menderma terbuka. Menurutnya, tak perlulah seseorang itu nak jadi hakim untuk mempersoalkan niat orang dan hal ikhlas kerana itu adalah urusan individu tersebut dengan Allah.
Ini kata Dr Maza: “Itu bukan urusan kita untuk bicara tentang derma dan keikhlasan seseorang. Malahan, jika seseorang itu menderma, orang yang menerima derma itu akan menerima bantuan dan keperluan. Tapi tentang ikhlas itu adalah bukan urusan kita.
Kalau nak kritik ni boleh tapi kritiklah perkara yang tertentu, apa masalahnya derma, bukan urusan kita. Tapi individu ini, saya pun pernah kena dengan dia.”
Ini respon balas Ustaz Abu Syafiq kepada Mufti Perlis, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih sinonim dipanggil Dr Maza yang ditulis di laman IG miliknya.
Pertama saya mahu cakap terima kasih kepada Dr Maza sebab cakap tentang perihal diri saya ekoran hal berkaitan yang dibuat secara salah dengan seorang pendakwah.
Saya terkilan sebab banyak hal yang Dr Maza cakap tentang saya dengannya adalah tak tepat. Minta sangat hal ini dibetulkan.
Kedua, saya tak pernah cakap pun bahawa pendakwah itu ada riak dalam program dermanya atau pertikaikan keikhlasan dia.
Apakah hak saya nak pertikaikan keikhlasan org lain. Tapi saya akui sentiasa ingatkan diri saya dan semua orang supaya jaga keikhlasan ketika membantu orang lain.
Tak salah saya ingatkan agar terus kekal dengan keikhlasan sebab ianya satu amalan oleh para sahabat dan nabi selalu ingatkan tentang sifat ikhlas. Itu pun saya tak tujukan pada sesiapapun, tetapi tuju pada diri saya dan juga secara umum.
Ketiganya, Dr Maza dakwa saya ada menghukum pendakwah tersebut sebagai kapir. Dakwaan ini langsung tak benar wahai Dr Maza.
Demi Allah, saya masih waras dan kuat berpegang dgn susunan Imam Attohawi bahwa kita tak akan kapirkan Ahli Qiblat. Ini satu tuduhan yang berat kepada saya dan meminta agar Dr Maza perbetulkan tuduhan berkenaan.
Terakhirnya, saya mohon supaya Dr Maza tak lupa nasihatkan rakan-rakan Dr Maza dari fahaman Wahabi yang jenis hukum sesat seluruh ahli Tabligh malah ada Wahabi yg terus hukum kapir kepada jemaah ahli tabligh. Betul kan? Tolong jgn sembunyi fakta ini.
Tulisan ini dibuat oleh Ustaz Abu Syafiq pada pagi Rabu setelah Dr Maza ada membuat satu video bercakap tentang keikhlasan.
Sumber newstel